Pages

cUwEeTnYa AkU...

Life is end if no love in heart. Predict what is unpredictable. Move on Your life. Menda alah ni. Ordinary people who has extraordinary power. KEK3..! Segala caci maki sepak terajang tampaq aku terima kalau aku salah. Sepak balik kalau bukan salah aku. Muhahaha....

Wafle bertemu Apam balik !

Aku akan paparkan karya mereka yang mahukan dipaparkan, serta karyaku...selamat membaca. :)


Tett! Tett!
            Hish! Siapa pulak yang disampuk sawan call ni? Aku baru nak breakfast pun tak senanglah. Kang aku jentik-jentik juga telinga si pemanggil yang kena sawan tuh! Rungut hati Aliyah.    
Roti kaya ditangan disapu laju-laju. Mahu mengangkat telefon dengan segera! Supaya dia boleh bersarapan dengan senang lenang hatinya. Mahu menikmati sarapanlah katakan. Sekali siap roti, perlahan-lahan dia menikmati dengan penuh rakus. Dah macam tikus baru lepas mogok dengan tuan rumah kerana pasang perangkap pun ada. Mengembung pipi mulusnya.            
Laju langkah diatur bergerak ke meja diruang tamu. Mulut masih lagi mengunyah. Ditelan setelah makan tersebut di penghujung mulut. Err...acano tu? Ah lantaklah. Aliyah dah macam nak terburai biji mata setelah mata omputihnya membaca nama yang tertera di skrin telefon. Aduh! Apa hal dia telefon pepagi gini? Nak cari apa? Roti bakar? Keluh kesah hati Aliyah dibuatnya.
            Punat berwarna hijau di tekan.
“Hello? Assalamualaikum...” merelet suaranya. Penuh adab dan sopan orang melayu. Dia berharap manusia dihujung talian tidak meninggikan suara seperti selalu.
“Waalaikumussalam. Ella, boleh tak datang pejabat awal sikit hari ni? Bukan ke saya dah cakap semalam yang hari ni saya ada meeting penting dengan client? Dah lupa ke? Apa yang kamu ingat? Makan? Ni mesti kat rumah lagi kan?” bertubi-tubi soalan diserang oleh manusia bersuara garau dihujung talian. Meskipun masih bervolume rendah tapi diteran-teran macam menanggung azab berak yang berat. Macam kena sembelit pun ada jugak. Aliyah rasa nak ketawa puas-puas saja kat situ membayangkan majikannya itu bercakap dari dalam jamban sambil teran nak mengeluarkan kek warna koko tu.
            Tapi mana dia nak berani buat macam tu. Mau kena pecat ka? Sudahlah bosnya yang telefon. Garangnya mengalahkan bapak dia yakni empunya syarikat di tempat Aliyah bekerja. Roti yang tersekat dikerongkong terus lancar pergerakkan menurun ke perut.
“Err, Tuan Idan. Eh saya dah on the way ni. Mana ada kat rumah lagi. Tadi lagi saya dah keluar dari rumah.” Dalih Aliyah. Nak mati ke? Soalnya sendiri. Ah lantaklah. Janji selamat tak kena dengar ceramah berjela-jela dengan si Idan-bersiteri-cukup-quota tu. Boleh bernanah seminggu telinga kalaun dengar dia ceramah.
“Betul ke ni? Tak dengar orang lain pun kat situ.” Suara sebolehnya di perlahankan lagi. Pelik Aliyah mendengarnya. Ni apahal pulak yang macam curi-curi cakap dengan kekasih gelap ni?  Takkan Tuan Idan yang berbini lengkap quotanya itu pun masih ada hati lagi nak pasang yang kelima? Siapa pulaklah anak ikan yang dia tangkap kali ni. Tak pernah serik-serik orang tua ni. Dah bercucu pun masih hati mahu tambah lagi. Dah terlebih hormon jantan sangat kot. Sumbat cili baru tau.
“Eh betullah Tuan. Masing-masing buat hal sendiri. Takkan nak bersembang macam dekat kedai kopi pulakkan.” Bantai sajalah Aliyah.
“Oh betul jugakkan. Cepat sikit sampai. Nanti kalau dah sampai cari jumpa saya di bilik.”
“Bilik kat rumah Tuan?” belum sempat Tuan Idan mengucapkan salam, Aliyah terjah dulu. Berkerut-kerut dahi Aliyah berfikir. Biar betul Tuan dia ni? Gila apa nak suruh aku pergi rumah dia. Kang tak pasal-pasal kena serang dengan isteri-isterinya tu. Mahu berdamaq mukanya nanti makan penampar sulung mereka.
“Hish! Cuba fikir positif sikit. Bilik dekat office la. Nak buat apa kat bilik pejabat saya. Bukannya saya minat kat awak pun.” Sedikit membebel majikannya itu.
Aliyah tersipu-sipu malu kena serang balas balik. Yelah, dia yang fikir terlebih quota broadband otak dia. Kan dah kena balik. Eh? Macamlah aku ni minat sangat dengan orang tua ni. Perah santan pulak dia ni. Gerutu hati Aliyah geram. Terherot-herot mulut dia membebel dalam hati.
“Oh, okey. Ada apa-apa lagi Tuan?” tanya Aliyah cover malu. Suara di kawal seboleh mungkin, rasa nak jerit ja. Malu beb!
“Ha! Tak ada apa dah. Assalamualaikum.” Talian dimatikan.
Tidak Aliyah duduk berlama-lama lagi. Terus di gapai beg kerja di sofa dan cepat-cepat dia keluar rumah. Mahu ke kerja! Bernanah telinga kalau kena sembur dengan pakcik tu. Haiyaa...

“Ha! Sampai pun? Tapi lama sangat?” Tuan Idan mula buka mulut sebaik matanya menangkap tubuh Aliyah. Mata usha macam nak harimau nak terkam beruk.
            Aliyah rasa nk cucuk-cucuk je mata tu dengan pen ditangannya.
            “Owh, saya berhenti dating dengan tandas kejap.” Bohong lagi. Kalau hari-hari macam ni, mau Aliyah jadi semput nak fikir alasan.
            “Owh, baiklah. Cepat siapkan benda-benda yang perlu dibawak. Nanti tertinggal, jangan harap nak keluar dari bilik tu. Cepat siapkan.” Arah Tuan Idan tanpa banyak cakap. Dia berlalu dari meja Aliyah.
            Dekat sejam juga Aliyah bersama yang lain di bilik berhawa dingin tapi panas nak mati sebab ada mata yang sangat-sangat galak usha anak dara orang. Tahu tak tak elok usha anak dara orang macam tu? Nak kena kerat 18 ke? Biar setanding dengan Mona Fendi tuh. Mau famous amos aku nanti. Mau terbukak terus biji mata lelaki-lelaki dihadapannya ni, gerutu hati Aliyah. Wondering betullah. Ni tengah mesyuarat atau pertandingan usha-usha anak dara orang? Kang ada juga kena sebat dengan rotan.
            “Jadi saya rasa takat ni dululah perbincangan kita. Sebab masih belum ada yang lengkap. Jadi kami minta diri dulu. Terima kasih.” Seraya itu puak-puak bangsawan itu bangun dan bersalam. Mata si bangsawan tetamu itu masih memandang galak ke arah Aliyah. Serius! Aliyah rasa nak baling segala mak nenek barang yang ada ditangannya.
            Tapi senyuman manis perlu dihulur untuk memikat client supaya terus bekerjasama dengan syarikat tempat dia kerja. Kalau nak tunjuk muka samseng, confirm-confirm client lari. Tak adanya diaorang nak bekerjasama. Mau bankrap tempat kerja macam tu.
            Aliyah cepat-cepat kemas barang dan berlalu dari bilik tersebut setelah mendapat kebenaran dari Tuan idan. Mereka masih menunggu di bilik tersebut. Ada perbincangan lagi kot. Alah! Peduli apa Aliyah. Malas nak ambil tahu. Berdepan dengan manusia-manusia sakit mata tu pun dah rasa penyakit kronik datang menyerang, inikan pulak nak bersembang. Mohon terjun bangunan lepas ni Aliyah kalau benda ni berlaku.
            Komputer dibuka. Punggung dilepas dengan perlahan. Sakit bontot weh duduk lama-lama dalam tu. Naik kematu bontot. Sikit lagi ja mau luruh segala wayar-wayar kentut dalam bontot. Sudahlah dah habis dia kena ‘usha’ hangat tadi. Ingat dia ni hot stuff ke dok belek-belek macam nak usung pi sana pi sini?
            Geram pula Aliyah memikirkan benda tu. Sudahlah! Malas nak fikir. Sedang jari-jari runcing lagi comel Aliyah mengetuk-ngetuk ganas keyboard, telefon bimbit Galaxy Note berwarna putih kedengaran menjerit-jerit minta diangkat. Lagu ‘Salam Terakhir’ pulak tuh. Cannot go betul.
            Sahabat karibnya buat panggilan. Memang kena angkat ni. Kalau tak mau hangat telinga Aliyah lepas ni kalau dia tak angkat panggilan tuh. Memang laser mulut makcik seekor tuh. Tak ada insurans. Main terjah je. Tapi terjah dia semuanya betul.
            “Hello? Ha? Ada apa yang tak puas hati dengan aku ke yang call time-time kerja gini? Mau 1 lawan 1 ka? On ja. Kat mana? Jangan cakap tak berani pulak.” Amboi. Kemain Aliyah terjah Sally dulu sebelum kawan tu sempat bukak mulut. Merepek Aliyah dah start!
            “Waalaikumusalam. Kau ni bulan tengah mengambang ke? Ke bulan mengembang? Ke laki kau tinggalkan kau? Itulah, aku dah cakap jaga dia elok-elok. Kasi mandrem sikit bila kau masak tu. Confirm tak lari punyalah.” Giliran Sally pulak memulakan sesi mari mandrem suami.
            Aliyah tepuk dahi. Lupa bagi salam. Kan dah kena balik. Jari dah stop beri tekanan melampau kat keyboard.
            “Assalamualaikum. Hehe. Lupa. Eh, kau ni tak baik tau mandrem-mandrem suami. Berdosa besar tau. Menderhaka namanya tu. Dan aku mana ada suamilah. Bujang hot stuff lagi tau.”
            “Hei makcik, ada aku cakap pasal mandrem dengan benda-benda bomoh tu ke? Imaginasi kau ni jauh sangat lah. Maksud aku mandrem tu, mandrem dengan kasih sayang. Memasak dengan sepenuh hati untuk si dia. Memasak dengan kasih sayang yang ikhlas. Kasi cium itu punya makanan. Muah! Muah! Alah, nanti adalah tu.” Nada dah macam Fadzilah Kamsah.
            “Halabau kau weh. Pandai aje nak simpang siur jawapan kau ni. Ha! Dah stop merepek. Ce cakap apa kau nak dengan aku yang tetiba call waktu kerja ni? Kerja ke tak kau ni?” Makin lama layan si Sally ni, makin panjanglah bualnya. Nanti tak pasal-pasal terkandas segala kerja-kerja dia. Memang nak kena penalti dengan si Idan tuh. Penaltinya, ‘jadi bini saya yang seterusnya’. Walaweh! Minta simpang ke kanan!
            “Owh, lupa pulak dengan tujuan yang sebenar-benarnya aku call kau. Haha.” Sempat dia ketawa disamping mengatur ayat skema tahap budak sekolah darjah 6.
            “Hah! Cepatlah cakap. Aku tak ada masa nak layan kau lama-lama ni.” Sikit menderam suara Aliyah. Saja buat macam tu. Bukannya berkesan pun pada Sally. Tahu sangat dia dengan Aliyah tu. Memain aje tu.
            “Aku nak ajak kau temankan aku boleh?” Suara manja Sally dah keluar. Ni yang Aliyah lemah ni. Kalau Sally dah keluar aura-aura gedikss melampau memang Aliyah cair habislah. Kesian sangat dengan orang yang merayu-merayu ni.
            “Hish! Apa?” saja buat-buat garang pulak Aliyah ni.
            “Alah, janganlah garang-garang sangat. Takut aku tau. Nanti tak laku pulak kalau garang-garang ni. Hehe...” sempat lagi tu.
            “Eh, dia ni. Ha! Nak pergi mana?”
            “Yes! Kau setuju kan?” suara Sally dah ceria. Dia tahu sangat Aliyah boleh diharap.
            “Wohoho! Ce cakap dulu nak pergi mana? Kemain aja dia sesuka hati buat keputusan untuk aku.” Bebel Aliyah.
            “Alahhh. Pergi ambil abang aku si Taufik tu ha. Dia balik naik flight. Petang ni sampai. Bolehla, bolehlaaa.” Pujuk Sally.
            “Kejap aku tengok jadual aku.” Saja Aliyah nak mendera si Sally. Padahal Aliyah tak ada pun nak check-check pun jadual dia. Kalau dia tak check jadual pun, dia akan pergi sebab kesian pulak memikirkan Sally. Yelah, dia tu bukannya tahu sangat area-area Alor Star ni. Still newbies kat Alor Star ni.
            “So?” setelah lama jugak Aliyah mendiamkan diri padahal dok main-main game flash di laptop dia.
            “Ermm...aku rasa aku tak..” meleret suara Aliyah.
            “Pleaseeeeeeee...” Aliyah rasa nk bantai gelak kat situ.
            “Aku tak jadi makan sorang-soranglah. Aku join kau. Hehe..” memang Sally dah kena habis. Aliyah dah tahan-tahan gelak. Sally dah rasa nak masak Aliyah jadi masak lemak cili api.
            “AHHH..apa-apalah. Janji kau ikut. Lagipun abang Taufik cakap dia nak belanja kalau jadi ambil dia kat stesen. Kenyang perut seyyhh. Selamat duit aku.” Suka lebih pulak dia.
            “Nanti kau ambil aku, boleh?” Aliyah pula bicara.
            “Boleh aja. Janji kau mahu ikut aku.”
            “Yelah makcik. Dah! Aku nak letak phone. Nanti si Idan-bersiteri-cukup-quota tu nampak aku susah pulak nak up gaji bulan ni.” Seloroh Aliyah.
            Disambut pula oleh Sally dengan ketawa mengilai bak puntianak tuh.

Aliyah terkocoh-kocoh lari mendapatkan Sally dah agak jauh meninggalkan dia dihadapan. Geram betul dia. Sudahlah tinggal dia terkontang kanting bila bab-bab nak parking kereta tu. Jenuh jugak si Aliyah mencari parking tadi. Kalau tak kenalah dia tunggu dalam kereta. Harapkan pagar, pagar pun hilang entah ke mana. Eh? Mau taknya, bukannya Sally yg drive kereta, tapi Aliyah! Rasa nak menyanyi lagi ‘Janji Manismu’ saja kat Sally.
 Pintu balai ketibaan terbukak dengan sendirinya bila Aliyah melangkah mendekati pintu. Dicari-cari wajah Sally, tapi nampak kening saja. Body part yang lain dah dilindung orang ramai. Tu hah! Akhirnya nampak juga Sally. Eh nanti! Tengah rancak bersembang dengan siapa pula tu? Abang dia ke? Owh lupa pula Aliyah yang tu abang Taufik. Lama tak jumpa. Begitulah jadinya. Muka pun dah tak berapa nk confirm sangat. Aliyah tersenyum sendiri. Dia berjalan mendekati mereka.
            “Amboi rancak sungguh diaorang ni bersembang. Kalah orang gila tepi jalan bercerita pasal insurans.” Aliyah senyum sampai nampak semua gigi-giginya. Dah macam over pun ada. Sally dan abang Taufik memandang gerangan yang bersuara tu. Automatik Taufik tersenyum. Mula dah senyum nak mengusik dia. Pantang nampak Aliyah, mulalah nak mula ayat-perayat-gangguan-mental-sedunia dia. Aliyah dah mencebik bila ternampak Taufik yang tengah pegang kamera DSLR mempamerkan senyuman dia.
            “Alah, belum cakap apa-apa lagi dah buat muka tayar 50sen dia.” Hamik kau! Selambak Taufik bantai gelak kat situ. Ada 3 4 pasang mata memandang mereka kemudian beralih ke arah lain.
            “Eh, baik sikit, ini punya tayar mahal tau. Mau dekat 5k tau. Tak main la tayar-tayar celup ni.” Mula Aliyah nak buat ayat belagak dengan Taufik. Geram dengan Taufik. Bukan makan saman pun. Yalah, ada ke manusia yang makan saman? Makan nasi ada la. Haiya..
            “Dah dah. Korang berdua bukan boleh dibiarkan. Nanti ada juga yang berguling bertumbuk kat sini.” Sally bertindak menjadi pendamai tak bertauliah.
            “Siapa bertumbuk cekau mencekau kat sini?” tiba-tiba ada satu suara garau macam baru baligh di belakang Aliyah. Hampir Aliyah melompat ke tepi sambil buat tendangan maut. Aliyah urut-urut dada. Kus semangat! Dia dah sedikit terkalih ke kiri. Muka tuan punya suara dipandang garang. Dibalas dengan kekening lelaki itu sambil usha gatal. Lelaki itu tinggi. Aliyah diparas bahunya saja. Disedap kalau sekeh-sekeh ni. Astagha, anak orang tu oi. Haram sentuh!
            “Diaorang berdua nilah. Bukan boleh ada sekali. Kerja nak lawan cekau saja. Nak tunjuk sapa paling hebat.” Sally tolong jawab. Taufik senyum saja. Aliyah jeling ikan todak kat lelaki tu. Tak reti bagi hint nak masuk conversation dulu ke awang? Ini main terjah Pak Man gosip kedai kopi saja dia ni. Gaya dah ada, nasib rupa tu elok banyak.
            Err ni siapa pulak? Timbul persoalan di benak Aliyah.
            “Kenalkan ni kawan abang.” Macam faham-faham saja Taufik dengan persoalan yang dok asyik scroll atas bawah di kepala dia. Tudia! Lelaki tu tayang gigi dialah! Ingat putih sangat ke mamat woi?
            “Hai, saya...”
            “Err, jom kita blah. Dah lapar ni. Tadi si Sally ni bukan nak berhenti makan kejap.” Potong Aliyah sebelum kata sempat di udarakan. Kekening lagi lelaki itu bagi. Kerek ah minah ni. Tapau jadi pocong baru tau.
            “Eh, aku pulak. Siapa yang bawak kereta.”
            “Maaf la noh. Aku tak bawak. Aku just drive saja. Mampuih aku nak bawak kereta tu. Ingat aku ni bodybuilder ke?” sempat dia bagi tayar buruk kat Sally. Dia pun nak juga buat kekening. Ingat kau sorang saja mampu? Aku pun mampu weh. Bisik hati Aliyah pada lelaki disebelahnya. Tapi tak adalah pulak dia nak tayang kat lelaki tu.
            “Hah! Cepatlah. Nanti korang berdua pulak yang lebih-lebih lawan cekau mencekau kat sini.” Sampuk Taufik sebelum mereka start bertekak gedik. Memang stay situlah jawabnya. Tak adanya nak bergerak balik. Lelaki itu masih memandang Aliyah yang buat muka kerek. Macam Aliyah tak perasan. Buat dunno saja lelaki macam tu. Bukan boleh layan sangat. Nanti ada-ada saja yang lebih gulanya. Mereka bergerak dari situ. 

1 comment:

  1. hahahaha....bla ak bca truih ak tbyg mlt ang myumpah ranah mcm si Alayah ni..xD close enough

    ReplyDelete

Tengok sini pun Boleh