Pages

cUwEeTnYa AkU...

Life is end if no love in heart. Predict what is unpredictable. Move on Your life. Menda alah ni. Ordinary people who has extraordinary power. KEK3..! Segala caci maki sepak terajang tampaq aku terima kalau aku salah. Sepak balik kalau bukan salah aku. Muhahaha....

Saturday 26 May 2012

Android untuk pengguna Internet !

Android merupakan alternatif pengkomputeran terbaik ketika jauh daripada komputer. Bila dalam keadaan seperti itu, Android bakal menyelamatkan anda dari kesusahan yg anda hadapi untuk berhubung dengan Internet. Tapi Pujangga akan bercerita pasal bagaimana nak gunakan sebaik mungkin Android ni. So, jom kita terjah...


1) Isi masa lapang serta elakkan pembaziran.
Secara umumnya, pengguna Android boleh menjimatkan masa serta mengurngkan pembaziran masa yg berlalu begitu saja, dengan melakukan kerja-kerja seperti update blog, contact kawan untuk berhubung, upload gmbr dan sebagainya lagi serta sharing data melalui Android nih.

Sebagai contoh, macam seseorang blogger hot semalaya yang mempunyai Android, dia boleh menaip rencana yang ingin di terbitkan terlebih dahulu sebelum menerbitkan rencana tersebut. Blogger itu boleh sunting, semak semula, serta simpan sebgai draft terlebih dahulu jika ingin membuat kajian lain lagi. Jadi tidak perlukan dia menangguh segala idea yg terbuku di otak. Contoh aplikasi yg sesuai adalah Document To Go. Aplikasi ni compatible dgn mini software seperti Microsoft Excel, Powerpoint dan file PDF. Memang mudahlarhkan buat kerja. Main bubuh aje. Haha....

2) Tip penting untuk editing dan sebagainya
Dalam penggunaan software yg compatible untuk Android, pelbagai tip anda boleh cuba untuk membuatkan apa yg anda ada lebih menarik. Contohnya, video editing dan gmbr. Spesifikasi dalam smart phone dan tablet terus berkembang pesat. Jika dahulu hanya 3gp yg sesuai tetapi skrg sudah banyak sehingga boleh meliputi resolusi penuh HD. Jadi, sebelum pengguna Android mahu terbitkan video mereka yg ala-ala Katy Perry tu, boleh la edit dulu dengan software Clesh Video Editor. Ketika anda berehat pun boleh melakukan kerja-kerja suntingn tersebut.

Antara info ringkas yang Pujangga dpt kongsi. Hehe. Dibawah ni, antara aplikasi yang boleh di letakkan dlm Android anda.


Document To Go

Colornote Notepad Notes

CamCard

Andromedia Video Editor

dan etc

Sumber : Majalah PC....

p/s: Pujangga teringin Android. :'( tapi tak cukup duit lagi nak beli...so, doa2kan yer...

Wednesday 23 May 2012

SpeedTrap di Kawasan kampung ?

Salam buat semua,

Cerita pasal speedtrap ni bukan baru tapi tadi semasa Pujangga pergi baca Yasin di surau sempana jiran nak berangkat menunaikan umrah, Pujangga terdengar cerita. Cerita pasal speedtrap! Entahlah, nak kata lawak tu, lawak larh kot. Yalahkan tak pernah pernah dibuat orang lain. Kawasan ni jer ada. Haha..

Nak dikatakan bodoh, pun tak berani juga, tapi ada yang jugak larh bodohnya. Haha. Setelah jari jemari Pujangga meng-google pasal speed trap ni, Pujangga tengok ada juga relevannya tapi ikut larh jugakkan. Maksud Pujangga bagi relevan disini adalah tempatnya. Bagi Pujangga kenalah sangat kalau di buat kat Highway.


Okeylah, Pujangga bukan nak merepek menceritakan segala fungsi bungsi si speed trap tu. Yang tu korang google la ek. Takkan larh korang tak tahu. Nama je pun dah tunjukkan fungsinya. Dari yang Pujangga dpt survey, ia akan berfungsi kalau kelajuan kenderaan melebihi 90 ke 110km/h.

Its time story to uollsss...ecewahhh..Pujangga dah macam mak jemah aje k.. Haha..

Cerita yang Pujangga dengar, ni dari mak Pujangga :

Tersebutlah alkisah yang didahulukan dengan tajuknya 'Speed Trap Ku Bakar Penuh Rakus'. Speed Trap ni di 'tanam' berdekatan kawasan sekolah dan jalan tu, bukannya kawasan orang nk bawak laju sgt, di tambah pulak dgn sekolah ada kan. Paling tak tahan, speedtrap tu di pasang dekat dengan kedai pisang goreng. Rasa macam tak patut jer di letak kan situ. Yelahkan, kat kedai goreng pisang? Apakes? Dah tak dak tempat lain ke? Mak ai. Tapi klimaksnya belum lagi. Jom ikuti bila klimaksnya. Adalah sorg penduduk dekat situ gamaknya, agaknya dia tak tahan kot dengan manusia-manusia yang bertanggungjwb letak speedtrap dekat situ, last2 dia bakaq terus kedai pisang goreng tuh. Habis hangus kedai tu -.-' . Memang brutal. Pakcik tu lak siap kata "bukan kedai goreng pisang tpi kedai yang digoreng" haha

Versi yang sama jugak di ceritakan oleh jirn tetangga Pujangga. Memang tergelak-gelak larh masa Pujangga dengar mak bercerita. Masa tu pulak, kami lalu dikawasan tersebut. Mencari - cari jugaklah kedai goreng pisang tu. Kot kot nampak. Kedai tu pulak kat tepi jalan jer.

Bagi Pujangga, memang tak patut larh dia letak di kawasan macam tu. Sebab yang pertama, kalau org nak cepat hantar anak xkan nak kena 20km/h? Betul tak? Mau kena denda kalau anak sampai lewat. Pulak tu, memang jam la jwbnya haha.

Sebab yang kedua, itu kawasan kampung kot, bukannya highway or yang jalan yg gempak2 sikit tu. Alah, jalan yg lampu sampai ke hujung dunia bagai tu la. Lainlah kalau jalan tu ada tol ke apa kan. Boleh la jugak dipertimbangkan letak disitu. Memang tak patut.

Bila di tanya pada kawan Pujangga, dia pun cakap macam ni
"Sangatlah bodoh."
"hahahah oh yg ada org menghendap kt goreng pisang tu? memang bodoh. speedtrap just for highway je kot"

Kira oklah tu kena bakar, dari kena bom. Sekurang kurangnya tak ade la nyawa melayang. Haha. So, memang lawak kalau difikirkan. "Speedtrap di kedai pisang goreng di bakar penduduk tempata". Kelas kau jah. haha


sambil tu layan dulu video speedtrap yang lawak ni. Haha...

kalau ada apa2 cadangan or apa-apa, boleh tinggalkan komen XD

Yuna di Hatiku !

Salam buat semua, kali ni nak berbicara pasal seorang artis yang sekarang makin melonjak namanya di Amerika iaitu Yuna. Haiyo, mak gempak siot kalau aku jumpa Yuna. Pitam seminit! Hoho, satu Malaysia sah sah larh kenal Yuna kan. Dia mula bertapak di dunia seni setelah lagunya Dan sebenarnya telah popular satu ketika itu.

Name : Yunalis Zarai (aka Yuna)
Age: 25
Nationality: Malaysian
Birthdate: 14 November 1986
Birthplace: Alor Setar, Kedah
Hometown: Subang Jaya, Selangor
Genres : Acoustic, Alternative, Pop


Mak ai..! Mau terdegup jantung ku berlari-lari anak ketika mendengar lagu, Cinta Sempurna dan yang paling latest tpi lagu melayu larh yer, iaitu Terukir di Bintang. Pujangga asyik pasang ulang ulang jer lagu tuh. Mak taunya, dah banyak kali dengar, sedap larh bunyi dia.

Semakin berkembang karyanya sekarang, jika dilihat sekarang, Yuna berada di US kerana dia mahu mencuba tembus pasaran di sana. Sedikit sebanyak cubaanya berjaya kerana telah dijemput ke beberapa rancangan televisyen di sana. Serta beberapa showcase antaranya di New York.



Terbaru, dia tercalon di BillBoard dan beliau akan terlibat dalam satu festival muzik epik sekitar Ogos 2012 ini. Festival muzik yang di beri nama Lollapalooza merupakan festival muzik tahunan yang dianjurkan sejak tahun 1991 dan kini masuk tahun ke-20 penganjurannya. Tahun lepas sahaja, Lollapalooza berjaya menarik lebih 270,000 orang peminat muzik untuk tiga hari acara penuh muzik dan seni.

Suatu masa dulu, Yuna mendapat pujian daripada penulis blog terkenal Hollywood, Perez Hilton dan Billboard.com, bakat Yunalis Zarai atau Yuna mula menjadi perhatian peminat muzik Amerika Syarikat (AS).

Jadi kepada Yuna, teruskan perjuangan. Kami sentiasa menyokong anda selagi anda mengharunkan nama Malaysia, Glory Glory Yuna...! Hehe... XD

Tuesday 22 May 2012

PTPTN oh PTPTN !

Baiklah, dah tamat perdebatan antara Si Rafizi dan Si KJ di Astro Awani yang dianjurkan oleh Sinar. Jadi bermacam-macam persoalan dan jawapan yang dapat kita dengar. Pujangga tak berani nak kata apa-apa sebab, Pujangga tak ambil PTPTN, sebab masih guna FAMA.

Dulu pernah nak cakap dgn daddy and mummy Pujangga(bukan nama sebenar) untuk ambil PTPTN, tapi setelah round2 kwasan rumah buat tinjauan, keputusannya tak payah ambil PTPTN, alhamdulillah. Sebab bila kerja nanti taklarh di bebankan sangat dengan hutang-hutang keliling punggang.

Kesimpulannya, semakin rancak KJ dan Rafizi berdebat, semakin laju TimeLine di Twitter bergerak. Tak sempat nak kejar. Maunya 200km/h. Laju bebeno. Biasalah, ramai pulak yang join sekali berdebat kat Twitter. Kat Facebook tak pulak tahu sebab dah lama xlepak2 makan nasi lemak kat facebook. Haha..


Memang lawak bila lihat perdebatan haram kat Twitter. Pujangga yang hanya berkain tuala (penat balik Penang tadi, blum mandi lagi) pun hampir hampir terlucut kain sebab bergegar otot2 badan sebab gelak. Yelahkan. Ditambah pulak twitter parody yang buat tweet lawak. Memang gelak sakan larh. Baiklah, Pujangga nak kongsi apa yang lalu di TL Pujangga yg selaju 200km/h tuh.

tengah sibuk orang berdebat, #AlasanBreakPalingFamous i pilih Rafizi, you pilih Khairy. kita tak sehaluan sayang
Aku tak sembang PTPTPu. Aku sembang Chong Wei tarik diri. Tsk sedihnyaaa dato' kita tu.

Sempat lagi tuh. Haha..

Lepas debat Anwar VS Najib, debat Rosmah VS Wan Azizah pulakk.
Yang ni bernas cadangan tuh...

Ahli politik yang berdebat . Rakyat yang over
harapnye orang atas sedar2 + tahu2 laaa dgn ape yg jadi kt org bawah ,, amanah tuuu, org atas kna jaga org bwah ye..
nasihat yang berguna ye kepada semua

Kita sepatutnya berdebat tentang mat rempit yang merosakkan nama brand antarabangsa seperti Zara, Rayban dan Oakley.
Si Timbul Singh Walaweh ni nak kena..haha

najib razak & anwar ibrahim tak pandai debat.. mahathir vs nik aziz anyone? \o/

#AlasanBreakBodoh Awak BN, saya PR. #CintaPolitik
Korang ni kan, mentang mentang skrg ni trend #AlassanBreakBodoh, memandai je haha


I was not talked abt PTPTN. I was talked about #thanksdrogba

korang tengok debat PTPTN nie kat channel berapa? Aku baru je sampai rumah *terpinga pinga*
Yang xupdate langsung haha

aku mengaku aku guna duit PTPTN beli 'mouse',keyboard,headphone. so, U MAD? =.=''
Nak settle senang je, ajal PKR set futsal dengan BN. Hmmmmm..
 bernas jugak tuh, boleh la Pujangga jadi Reff...


Got debat? When? What time?? How? So outdated weihh. =.=lll.
Turun tangga? Tableh! Turun lif? Tableh! Turun kereta? Tableh. Kalau semua takbleh, lu la turun takhta kerajaan. Aaaaaapa pun tableh tableh!
Mansuh PTPTN? Tableh. Turun harga nasi lemak Darus? Tableh. Turun harga kereta Proton tin milo? Tableh. Turun harga biskut meri? Pun tableh!
yang penting kita jangan bermusuh :D and sedar diri tu dekat mana. senang. bersatu teguh, bercerai roboh.
betul-betul...jangan la kita bermusuh XD

Adakah KJ akan menang sbb dia hensem? Hmmm #wondering
Lepas ni debat @NajibRazak ngan @anwaribrahim , @IniAnwarHadi jadi moderator...Hahaha..
Mansuhkan iklan KLMU dan Cosmopoint KK! Mansuh mansuh!
Walaweh, apa kena mengena. Hahaha

think positve! xdk ptptn mcm mna korg nk idup kt U tu :D if kaya xpa laa, kita nie x kaya...kena beringat!
Debat PTPTN ni bukan nak cari siapa salah atau tidak.. Tapi nak membetulkan apa yg salah.. Nak menambahbaik mana yg betul.
Percayakah anda walaupun ramai orang sibuk pasal PTPTN, Nazmi Faiz sikit pun tak kesah walaupun takde SPM? Baik main bola
Dulu kan, time ultraman lawan raksasa, kan banyak bangunan musnah. Ramai tak yang mati ? *tetiba terfikir

Inilah antara yang Pujangga dapat kumpul. Lagipun, kita berdebat untuk betulkan mana yang salah dan kekal kan mana yang betul. So, jangan la nak over sgt yewww...AHAHA..Apa apa hal pun, IPTA di hatiku. haha.. semoga Malaysia Aman.. XD
Sebenarnya banyak lagi yang menarik dan lawak serta bernas, tpi malas nak korek bawah bawah lagi. Sebab dalam sangat. Selamat beramal.. :)

Saturday 19 May 2012

Mark Zuchkenberg kahwin !

Hai..salam semua..

Hoho sedang menjengah blog2 tetiba ternampak blog Eyfaaliastrory post pasal kahwin..! Mark dah kahwin. Dengan amoi pulak. Konpem mata anak dia bakal sepet2 aje. Haha. Tapi macam mana dia leh berkenan dengan Mark tu. Alah, cinta tak mengenal rupa. Keh3.  Nama awek whoopppss bini dia Priscilla Chan. Tahniah la noh..

Kek Gula Hangus !

Entri kali ni, saja Pujangga nak letak pasal masakan. Sebab dah lama tak buat. Lagipulak, first kek yang pernah Pujangga pernah buat. Kalau nak tau, kek ni sebenarnya dah lama orang tak buat sekarang. Yalahkan, banyak pergi Secret Recipi jer kalau nak makan kek, mana nak buatnya. Biasalah, semuanya kaya raya sekarang. Kalau yang nk bukak bisnes kek tu, boleh lah cuba buat kek ni. Kalau ada kemusykilan, boleh aja tinggalkan komen anda.


bahan-bahan :

tepung 1mangkuk(ayak),
gula 1 1/2 mangkuk (bahagikan 1mangkuk dan 1/2mangkuk),
susu cair 1/2 tin,
planta satu sudu,
esen vanilla 1penutup,
telur 4biji,
air kosong 1 mangkuk,


cara nak buat nohhh...

1. Belasah(pukul) planta dengan gula 1/2 mangkuk sampai dia sebati.

2. Kemudian, asingkan sebentar dan pukul telur sampai dia kembang. Oh! Jangan lupa tambah esen vanilla.

3. Campurkan planta yang kembang tadi telur dan gaul sampai sebati (agak2 sampai gula cair la).

4. Tolak tepi kejap bancuhan tadi. Masak gula yang 1 mangkuk punya ke dalam periuk dan masak.

5. Pastikan jangan ada air walau setitik.

6. Masak gula sampai cair and berwarna macam kopi tak bersusu atau keperangan tu.

7. Agak2 dah habis semua gula cair, masukkan air dan kacau sampai menjadi cair. Pastikan banchuan gula tadi tidak pekat k.

8. Ayakkan tepung. Ambil semula bancuhan planta tadi dan selang selikan masuk air gula masak tadi dengan tepung.

9. Kemudian, habis masuk semua bancuhan tadi, jangan lupa nak masukkan susu cair 1/2 tin. Lepastu, kacau lagi sampai lenguh tangan. Hehe.

10. Hah! Tunggu apa lagi? Masak ajela. Macam biasa kalau dalam oven. 40minit aja tau. Suhu macam biasala.

Boleh hubungi Pujangga kalau nak tahu lebih lanjut pasal resipi ni. XD

Digimon dan Pokemon !

Hai, salam mesra semuanya. ^.^

Digimon? Pokemon? Oh tidak ! Ni rancangan kanal-kanak saja! <---tanggapan orang sekeliling aku. Ada jugak sampai kata loser. Who care dear! Paling penting, Pujangga suka tengok cerita tu. Oh lupa pulak, termasuk Pokemon. Muhahaha. Kena part dia lawak tu yang paling suka tengok. Hehe. Dan paling penting. Pujangga suka! Memang bestlarh. Ditambah pulak ada geng yang sekepala tonton sekali. Memang stylelah.

Yolahkan, cerita ni memang best kot. Teringat zaman kanak-kaanak dulu, sanggup tak buat apa, including makan, main bola, main baling kasut, main masak-masak(untuk yang perempuan saja), semata-mata nak tengok cerita nih. Almaklumlah, kanak-kanak lagi kan. Bukannya orang tua. Sedangkan orang tua pun join tengok, apatah lagi kanak-kanak. Tapi budak-budak sekarang dah tak tengok cerita ni dah. Sebab? Sebab semua dah tengok yang Disney channel saja. Mana nak tengok yang berbentuk Anime ni. Haha.

Pujangga masih ingat lagi, zaman kanak-kanak sampai sanggup beli CD. Yang movie pulak. Sanggup paksa mak belikan. Last-last CD hilang. Dah tak tahu pergi mana.  Sayang betul :(

Tapi seriusly, memang mengimbau kenangan masa lalu... Rindu zaman kanak-kanak... :)


Tengok sini pun Boleh