Pages

cUwEeTnYa AkU...

Life is end if no love in heart. Predict what is unpredictable. Move on Your life. Menda alah ni. Ordinary people who has extraordinary power. KEK3..! Segala caci maki sepak terajang tampaq aku terima kalau aku salah. Sepak balik kalau bukan salah aku. Muhahaha....

Sunday 15 July 2012

Movie Melayu dah semakin melampau?

Ha! Korang dah tengok ke cerita or movie Melayu sekarang? Ada banyak syok ka? Best tak? Kalau best try la recommend kat saya. Hehe. So, ce komen sikit citer melayu sekarang. Ada bagus? Memberi impak yang positif tak? Ke bagi idea yang mantop untuk korang semua mencuba something yang baru?


Oklah, setelah mendapat cerita yang baru ni, barulah aku tengok. Tapi sebelum tengok, aku dapatkan dulu review filem-filem melayu yang tengah hangat sekarang ni macam mana, baru aku tengok. Walaupun filem dia tak best sangat. Haha. Fakta k. Agak2, aku kena banned tak lepas ni?

Aku post ni bukannya apa, tapi sebenarnya filem melayu sekarang dah melampau. Dah tak ada tapis-tapis lagi dah. Segela penapis habis kena jual gamaknya. Perlu ke adegan yang hangat lagi meletup bak api neraka tu di pertontonkan? Perlu ke? Apa motif? Nak cari publisiti?

Aku rasa tak perlu kot. Yelah, publisiti bukan pada adegan sepatutnya, tapi sejauh mana pihak penerbit mempromosikan filem tersebut. Bukan pada adegan yang lucah sana lucah sini di pertontonkan. Pulak tu sangat hangat. Dah macam tak ada maruah artis sekarang ni aku tengok. Agak-agak suami or isteri korang, tak ke rasa rugi bila dpt korang? Dah kena bagai.

Perlu ke adegan sebegini? Boleh merosakkan pemikiran tau tak?
Mana pihak yang sepatutnya buat penapisan? Mana? Dah hilang dibawak arus kelucahan ke?

Apa motif korang sebenarnya korang tunjuk aksi-aksi hot berdentum bagai ni? Nak tunjuk yang korang tu open minded? Nak tunjukkan skrg dah tak kolot? Dah bagi teladan? Apa jadah semua tu? Alasan tu budak sekolah punya jawapan weh.. Mohon pihak yang perlu buat penapisan tu berfungsi balik.

Nak tunjuk teladan konon. Tunjuk idea nak buat aksi menarik boleh lah. Itu kalau budak-budak tengok tak ke bahaya. Budak-budak sekarang sudah lah suka cuba aksi baru. Kalau dilihatnya budak-budak tak ke diaorg nak cuba. Cuba fikir balik si pembuat filem dan pihak-pihak yang wajib tapis movie sekarang. Nak tengok pun xder selera la weh (padahal baru lepas tengok cerita Jiwa Taiko. habis pulak aku tontotn..hehe )

saja tunjuk aksi ni. Kenapa? Tak boleh? Suruh pihak berwajib tapis dulu movie skrg baru aku buang. Korang kan ok je dedah sana dedah sini body tu. Mantop kan!

Masa korang buat movie tu, ada tak korang fikir baik buruk dia? Ada tak?

Rasanya tak ada kot. Kalau  fikir, aku rasa mesti korang tak buat filem macam tu. Apa alasan korang? Pendedahan awal supaya budak-budak tidak berasa pelik? Motif..!

Itu sebenarnya mengajak lagi ke arah itu adalah. Cuba fikir balik weh. Cakap jangan pakai pankreas. Guna akal ok?!

Aku bercakap ni bukan melalui cerita Jiwa Taiko saja tapi menyeluruh. Sama larh juga dengan artis tu pun. Kemain ha tunjuk tetek bagai kat media massa. Ingat lawa ke? Buruk tahu. Yang kata lawa tu semua buta mata hati.

Apa lagi alasan korang ha? Pulak tu ada movie kedua yng bawak pulak ke arah kebaikan setelah movie pertama tunjuk keburukan. Yang tu maybe lar boleh terima kot. Entah. Aku sendiri pun tak pasti sangat.

ada juga la aksi2 yg tunjuk skill main ehem2..

Boleh rosak pemikiran anak-anak muda sekarang. Sebab? Setelah tengok movie yang ada adegan melampau macam tu, mulalah anak muda tak tahan berahi. Boleh pulak lepas tu cari port nak buat projek. Dengan kekasih pulak tu. Bukan isteri woi...Tapi KEKASIH! apa nak jadi lah skarang ni. Sudahlah menjadi pengaruh penting media massa sekarang ni.

Oklah. setelah di buat tinjauan. ada yng mendapati

dah mula tak ada kualiti.tmbh2 yg metro***lth punya filem
erm..mcm x dak apa sgt...sama ja story line...x dak pembaharuan
mmg nampak sgt kemelayuan..
movie melayu paling terbaik yang gua layan adalah cerita P Ramlee, CINTA, dan Sepi. sumpah world class
komen dari abby abadi :

Allahuakbar! Sy pun tertgk teaser film yg dmaksudkan. Mmg makin kterlaluan, sbb katanya mnta masyarakat lebih tbuka..

 So, paling aku suka yg sarcasm tu. Memang betul. Sudah hilang kemelayuan dalam filem melayu sekarang. Hanya ada keAmerikaan saja sekarang ni. Semua nak dedah body yang bajet tip top tu. Please la wehhh...

Dah hilang adat ka? Ke dah lupa asal usul?

Mohon ya pihak yang bertanggungjawab, sila pastikan filem Melayu tidak rosakkan anak muda sekarang. Cukuplah filem luar negara yang dah nak rosakkan pemikiran anak muda, jangan ditambah lagi.

Bukannya dosa pun kalau filem tu tak menjadi pasaran antarabangsa. Boleh kan kalau tonjolkan filem berkonsepkan Islamik. Boleh ja filem dari Mesir kot (tak sure sangat) menjadi hangat atau mendapat pasaran antarabangsa. Bukannya tak boleh. Sudah tu, banyak pulak konsep-konsep Islam yang ditonjol kan.

Ini filem yang tunjuk kita pulak serang Israel. Asyik diaorg je serang kita, kali ni kita lak serang diaorg. Bagus cerita ni.. The Valley Of Wolves Palestine.


 Okeylah kot setakat ni saja rasa tak puas hati aku serta housemate ku yang lain. Macam-macam yang kitaorg bincangkan kat kedai belakang tadi. hAHA. Lapar pulak tiba2...Sekiam, wassalam....


p/s : Moga2 lepas ni artis yang pergi Umrah balik Malaysia dah tak seksi dan segala bagai...Aminnn...

Wednesday 11 July 2012

Temuduga Terbuka ! Kita lihat..

Salam semua. Masih mencari pekerjaan? Belum jumpa lagi? So, korang semua dijemput hadir kalau nak dapatkan pekerjaan. Cubalah. Manalah tahu kan kalau-kalau dapat rezeki kerja tetap disitu. :)

Jomlah datang. Jangan lengah-lengah lagi. :) hehe



Tarikh : 16-18 Julai 2012
Masa : 10-5 petang


Syarikat : Ibness Academy Sdn Bhd
Jawatan : Financial Consultant
Tempat : Bilik temuduga, HEP


Syarikat : Al Falah Wealth Consultancy
Jawatan : Financial Planner
Tempat : Unit Kerjaya dan Kaunseling

TERBUKA KEPADA PELAJAR-PELAJAR SEMESTER AKHIR/GRADUAN UITM PERLIS DAN IPT LAIN DI DALAM BIDANG-BIDANG PERAKAUNAN, BUSINESS/MARKETING/FINANCE.

SILA BAWA BERSAMA RESUME DAN SIJIL-SIJIL BERKENAAN (SALINAN DAN YANG ASAL)

PASTIKAN ANDA BERPAKAIAN MENGIKUT ETIKA

sekian saja.  :)

Jom Serbu Karnival Keusahawanan dan Kerjaya !

Salam semua. baiklah, disini ingin aku sebagai salah seorang yang terlibat dengan aktiviti ini, menjemput korang semua hadir ke Karnival Keusahawanan dan Kerjaya UiTM 1Malaysia. Korang mesti datang sebab banyak aktiviti menarik yang dianjurkan. Hehe.

Pokoknya, memang bestlah kalau korang hadir sebab ada artis yang bakal buat persembahan dan byk jugak persembahan menarik yang bakal diadakan.

Tak lupa juga pertandingan-pertandingan yang memukau serta yang unik akan diadakan. Memang bestlah. Jadi korang perlu hadir dan dijemput hadir. Kepada student UiTM Perlis tu hadirlah ye. Dekat aje kan. Terutama yang duduk kolej dan yang ambil diploma.

Mesti datang! Jangan tak datang...!



Tempat : Padang Rani, UiTM Perlis.
Tarikh : 16-18 Julai 2010.
Masa : 9 - 10 malam.

Aktiviti : gerai-gerai jualan makanan dan pelbagai barang lain, pameran, pertandingan, demostrasi, persembahan kebudayaan dan banyak lahi.. :)

Jadual aturcara :

16 Julai 2010
(10.00 PAGI -10.00 MALAM)
JUALAN GERAI DAN PAMERAN

(10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI)
FISHING COMPETITION CATCH, WEIGTH AND RELEASE

(11 PAGI- 1.00 TENGAHARI)
CERAMAH KERJAYA 1 TAJUK: EXCITING CAREER OPPORTUNITIES AS FINANCIAL CONSULTANT- DSS
TEMUDUGA TERBUKA: JAWATAN FINANCIAL CONSULTANT

(2.00 PETANG - 3.00 PETANG)
DEMONSTRASI JAHITAN MANIK OLEH PEWANI

(3.00 PETANG – 6.30 PETANG)
PERTANDINGAN NYANYIAN
: - KATEGORI SOLO TERBUKA

(4.00 PETANG - 6.00 PETANG)
FISHING COMPETITION
CATCH, WEIGTH AND RELEASE

(9.00 MALAM-10.30 MALAM)
PERSEMBAHAN PENTARAMA OLEH JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
NYANYIAN
SKETSA DAN LAIN-LAIN


17 Julai 2010

(10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI)
FISHING COMPETITION
CATCH, WEIGTH AND RELEASE

(10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI)
SEMINAR KEUSAHAWANAN(FRANCHISE)

(11 PAGI- 1 TENGAHARI)
CERAMAH KERJAYA 11 TAJUK: KERJAYA SEBAGAI USAHAWANI
TEMUDUGA: JAWATAN FINANCIAL PLANNER

(3.00 PETANG – 6.30 PETANG)
PERTANDINGAN NYANYIAN
: - KATEGORI SOLO TERBUKA

(2.00 PETANG-3.00 PETANG)
DEMONSTRASI MENGUKIR BUAH- BUAHAN

(3 PETANG – 6 PETANG)
‘TAIKO BOH 2012’
· ACARA PERTANDINGAN
‘TEH TARIK KREATIF’ CHALLENGE

(4.00 PETANG - 6.00PETANG)
FISHING COMPETITION
CATCH, WEIGTH AND RELEASE

(9.00 MALAM-10.30 MALAM)
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN HIMPUNAN TARIAN MALAYSIA DAN ANTARABANGSA

18 Julai 2010

(10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI)
FISHING COMPETITION
CATCH, WEIGTH AND RELEASE

(10.00 PAGI-12.00 TENGAHARI)
ACARA PERTANDINGAN ‘FLYING ROTI CANAI’

(12.00 PAGI- 5.00 PETANG)
BATTLE OF THE BAND

(4.00 PETANG -6.00 PETANG)
FISHING COMPETITION
CATCH, WEIGTH AND RELEASE

(8.30 MALAM-11.00 MALAM)
MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUP
· UCAPAN ALUAN PENGERUSI MASMED
· UCAPAN PERASMIAN PENUTUP REKTOR
· PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DARI PELAJAR UiTM PERLIS BERSAMA JEMPUTAN DIKIR
· PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG, FISHING COMPETITION, FYLING ROTI CANAI, TAIKO BOH 2012’, PERTANDINGAN NYANYIAN KATEGORI SOLO & BAND


So, korang-korang semua, amatlah dijemput hadir bagi memeriahkan Karnival ini. Ingat ye, Karnival ni juga ada kerjaya tau. Jadi sesapa yang nak dtg untuk temuduga tu, sila-silakan. Dan jangan lupa round-round la sikit Karnival tu hehe. Sekian.. :D

Monday 9 July 2012

Private Twitter !

Salam. oklah semua. tak ada apa nak buat sangat so, jadi aku nak update blog la. Mula-mula tu agak pening larh nak buat tajuk apa, last-last time asyik sangat dok main Twitter, aku terperasan sesuatu.

Jeng! Jeng! Jeng!

Majoriti yang suka private profile twitter adalah perempuan! Betul tak? Betullah tu. Jangan nak tipulah. Haha. Kerana rata-rata perempuan yang aku follow, mesti akan pending dulu, bukan terus following yang macam biasa kita lihat bila kita follow orang tu.


Tapi lelaki juga ada yang private nya. Lelaki majoriti suka private post diaorang a.k.a tweet diaorg. Apa yang nak di private pun tak tahulah. Penat woi orang yang suka retweet nak kena buat manual tuh. Mau sakit jemari dia weh haha. Bukan apa, biarlah kita publib kan post or profile tu. Hehe.

Ini bagi memudahkan manusia-manusia mata keranjang meng'usha' profil korang haha. Bukan aku k. Aku tak berapa nak stalk orang sangat. Hehe. So, tengok macam aku. Sesuka hati ja public kan semua haha.

Bukan apa, adat saya nak berkawan dalam laman sosial. So, korang ikut ya. Haha. Ok, nak buat something...hehe  salam.. :)

Thursday 5 July 2012

Pre-Order Maxis SKMM Starter pack !

Baiklah, aku kali ni nak post pasal bisnes kawan aku ni. Dia baru nak start bisnes ni. So, sama2 la kita tolong dia ek. Lagipun tolong kawan seagama apa salahnya kan. Kalau pun tak nak beli, at least tolong la promote post ni and kembangkan bisnes beliau. So selamat membaca dan mari sama2 kita like or share post ni. Terima kasih. :)

Percuma Bulan Pertama(30 hari)
RM25/sebulan
Akses data sebanyak 0.7GB bersamaan dengan:
- melayari 7,000 laman web
- membaca 7,000 e-mel
- menonton lebih dari 11jam filem di internet
- muat turun 4500 gambar
- bermain 2,800 permainan di internet
(penggunaan berdasarkan statistik purata bulanan pengunaan individu)
Bersamaan dengan 30 hari akses bermula dari hari pertama pengaktifan






Apa yang anda perlukan untuk mengaktifkannya???
1.Anda perlukan sebuah telefon bimbit untuk membuat panggilan pertama bagi mengaktifkan perkhidmatan anda.
2.Dail 122,pilih bahasa,kemudian tamatkan panggilan.
3.Kemudian masukkan kad sim ke dalam modem anda.

Apakah tetapan yang diperlukan bagi menghubungkan modem anda dengan maxis???
Untuk modem,pilih 'Connection manager' dan klik 'Tools. Pilih 'Option' dan klik 'Profile management'. Tukar maklumat 'Profile management' seperti dibawah dan klik 'Save'

Untuk telefon bimbit dan tablet,sila tetapkan Telefon/Tablet seperti di bawah:-

APN setting: bbnet
Access number: *99#
Username: Maxis
Password: wap

Bagaimana cara untuk menyemak status,kuota dan baki kredit hotlink?

1.Sila layari www.hotlink.com.my/web/portal/broadband
2.Anda hanya boleh mengakses akaun apabila kad sim broadband prabayar dimasukkan ke dalam modem (APN kad sim harus memapar ''bbnet'')
3.Klik 'Top Up Hotlink' untuk menyemak baki kredit anda

Bolehkah anda membuat panggilan dan menghantar sms menggunakan kad sim ini???
Ya,boleh selagi kredit anda mencukupi,caj adalah seperti berikut:-

Panggilan: Maxis ke maxis 33sen/min
Maxis ke operator lain 39sen/min

SMS : 10sen/sms

Speed and quota?
-Pek ni hanya 0.7gb shj.
-Speed boleh sampai 3.2mbps depend area.
-Guna vpn boleh mencapai unlimited quota.

 Maklumat vpn : Sila rujuk reseller mesravpn vpn 012-5357357-Adli
http://mesravpn.co.cc/
https://www.facebook.com/groups/383253558381965/

1 pack RM50
10 pack RM40
pos add RM5

Cara pembayaran:
Muhamad Amin A.Adnan
Bank Islam:12092022820439
BSN:0899541000047786

pas bank in sms 0132248890(Amin) = tarikh, masa, jumlah

kalayu ada sesiapa yang nak beli boleh hubungi facebook(klik sini) beliau, blog(klik sini) beliau dan page bisnes(klik sini) beliau.. sekian salam...

Wednesday 4 July 2012

Wafle bertemu Apam balik !



Tett! Tett!
            Hish! Siapa pulak yang disampuk sawan call ni? Aku baru nak breakfast pun tak senanglah. Kang aku jentik-jentik juga telinga si pemanggil yang kena sawan tuh! Rungut hati Aliyah.    
Roti kaya ditangan disapu laju-laju. Mahu mengangkat telefon dengan segera! Supaya dia boleh bersarapan dengan senang lenang hatinya. Mahu menikmati sarapanlah katakan. Sekali siap roti, perlahan-lahan dia menikmati dengan penuh rakus. Dah macam tikus baru lepas mogok dengan tuan rumah kerana pasang perangkap pun ada. Mengembung pipi mulusnya.            
Laju langkah diatur bergerak ke meja diruang tamu. Mulut masih lagi mengunyah. Ditelan setelah makan tersebut di penghujung mulut. Err...acano tu? Ah lantaklah. Aliyah dah macam nak terburai biji mata setelah mata omputihnya membaca nama yang tertera di skrin telefon. Aduh! Apa hal dia telefon pepagi gini? Nak cari apa? Roti bakar? Keluh kesah hati Aliyah dibuatnya.
            Punat berwarna hijau di tekan.
“Hello? Assalamualaikum...” merelet suaranya. Penuh adab dan sopan orang melayu. Dia berharap manusia dihujung talian tidak meninggikan suara seperti selalu.
“Waalaikumussalam. Ella, boleh tak datang pejabat awal sikit hari ni? Bukan ke saya dah cakap semalam yang hari ni saya ada meeting penting dengan client? Dah lupa ke? Apa yang kamu ingat? Makan? Ni mesti kat rumah lagi kan?” bertubi-tubi soalan diserang oleh manusia bersuara garau dihujung talian. Meskipun masih bervolume rendah tapi diteran-teran macam menanggung azab berak yang berat. Macam kena sembelit pun ada jugak. Aliyah rasa nak ketawa puas-puas saja kat situ membayangkan majikannya itu bercakap dari dalam jamban sambil teran nak mengeluarkan kek warna koko tu.
            Tapi mana dia nak berani buat macam tu. Mau kena pecat ka? Sudahlah bosnya yang telefon. Garangnya mengalahkan bapak dia yakni empunya syarikat di tempat Aliyah bekerja. Roti yang tersekat dikerongkong terus lancar pergerakkan menurun ke perut.
“Err, Tuan Idan. Eh saya dah on the way ni. Mana ada kat rumah lagi. Tadi lagi saya dah keluar dari rumah.” Dalih Aliyah. Nak mati ke? Soalnya sendiri. Ah lantaklah. Janji selamat tak kena dengar ceramah berjela-jela dengan si Idan-bersiteri-cukup-quota tu. Boleh bernanah seminggu telinga kalaun dengar dia ceramah.
“Betul ke ni? Tak dengar orang lain pun kat situ.” Suara sebolehnya di perlahankan lagi. Pelik Aliyah mendengarnya. Ni apahal pulak yang macam curi-curi cakap dengan kekasih gelap ni?  Takkan Tuan Idan yang berbini lengkap quotanya itu pun masih ada hati lagi nak pasang yang kelima? Siapa pulaklah anak ikan yang dia tangkap kali ni. Tak pernah serik-serik orang tua ni. Dah bercucu pun masih hati mahu tambah lagi. Dah terlebih hormon jantan sangat kot. Sumbat cili baru tau.
“Eh betullah Tuan. Masing-masing buat hal sendiri. Takkan nak bersembang macam dekat kedai kopi pulakkan.” Bantai sajalah Aliyah.
“Oh betul jugakkan. Cepat sikit sampai. Nanti kalau dah sampai cari jumpa saya di bilik.”
“Bilik kat rumah Tuan?” belum sempat Tuan Idan mengucapkan salam, Aliyah terjah dulu. Berkerut-kerut dahi Aliyah berfikir. Biar betul Tuan dia ni? Gila apa nak suruh aku pergi rumah dia. Kang tak pasal-pasal kena serang dengan isteri-isterinya tu. Mahu berdamaq mukanya nanti makan penampar sulung mereka.
“Hish! Cuba fikir positif sikit. Bilik dekat office la. Nak buat apa kat bilik pejabat saya. Bukannya saya minat kat awak pun.” Sedikit membebel majikannya itu.
Aliyah tersipu-sipu malu kena serang balas balik. Yelah, dia yang fikir terlebih quota broadband otak dia. Kan dah kena balik. Eh? Macamlah aku ni minat sangat dengan orang tua ni. Perah santan pulak dia ni. Gerutu hati Aliyah geram. Terherot-herot mulut dia membebel dalam hati.
“Oh, okey. Ada apa-apa lagi Tuan?” tanya Aliyah cover malu. Suara di kawal seboleh mungkin, rasa nak jerit ja. Malu beb!
“Ha! Tak ada apa dah. Assalamualaikum.” Talian dimatikan.
Tidak Aliyah duduk berlama-lama lagi. Terus di gapai beg kerja di sofa dan cepat-cepat dia keluar rumah. Mahu ke kerja! Bernanah telinga kalau kena sembur dengan pakcik tu. Haiyaa...

“Ha! Sampai pun? Tapi lama sangat?” Tuan Idan mula buka mulut sebaik matanya menangkap tubuh Aliyah. Mata usha macam nak harimau nak terkam beruk.
            Aliyah rasa nk cucuk-cucuk je mata tu dengan pen ditangannya.
            “Owh, saya berhenti dating dengan tandas kejap.” Bohong lagi. Kalau hari-hari macam ni, mau Aliyah jadi semput nak fikir alasan.
            “Owh, baiklah. Cepat siapkan benda-benda yang perlu dibawak. Nanti tertinggal, jangan harap nak keluar dari bilik tu. Cepat siapkan.” Arah Tuan Idan tanpa banyak cakap. Dia berlalu dari meja Aliyah.
            Dekat sejam juga Aliyah bersama yang lain di bilik berhawa dingin tapi panas nak mati sebab ada mata yang sangat-sangat galak usha anak dara orang. Tahu tak tak elok usha anak dara orang macam tu? Nak kena kerat 18 ke? Biar setanding dengan Mona Fendi tuh. Mau famous amos aku nanti. Mau terbukak terus biji mata lelaki-lelaki dihadapannya ni, gerutu hati Aliyah. Wondering betullah. Ni tengah mesyuarat atau pertandingan usha-usha anak dara orang? Kang ada juga kena sebat dengan rotan.
            “Jadi saya rasa takat ni dululah perbincangan kita. Sebab masih belum ada yang lengkap. Jadi kami minta diri dulu. Terima kasih.” Seraya itu puak-puak bangsawan itu bangun dan bersalam. Mata si bangsawan tetamu itu masih memandang galak ke arah Aliyah. Serius! Aliyah rasa nak baling segala mak nenek barang yang ada ditangannya.
            Tapi senyuman manis perlu dihulur untuk memikat client supaya terus bekerjasama dengan syarikat tempat dia kerja. Kalau nak tunjuk muka samseng, confirm-confirm client lari. Tak adanya diaorang nak bekerjasama. Mau bankrap tempat kerja macam tu.
            Aliyah cepat-cepat kemas barang dan berlalu dari bilik tersebut setelah mendapat kebenaran dari Tuan idan. Mereka masih menunggu di bilik tersebut. Ada perbincangan lagi kot. Alah! Peduli apa Aliyah. Malas nak ambil tahu. Berdepan dengan manusia-manusia sakit mata tu pun dah rasa penyakit kronik datang menyerang, inikan pulak nak bersembang. Mohon terjun bangunan lepas ni Aliyah kalau benda ni berlaku.
            Komputer dibuka. Punggung dilepas dengan perlahan. Sakit bontot weh duduk lama-lama dalam tu. Naik kematu bontot. Sikit lagi ja mau luruh segala wayar-wayar kentut dalam bontot. Sudahlah dah habis dia kena ‘usha’ hangat tadi. Ingat dia ni hot stuff ke dok belek-belek macam nak usung pi sana pi sini?
            Geram pula Aliyah memikirkan benda tu. Sudahlah! Malas nak fikir. Sedang jari-jari runcing lagi comel Aliyah mengetuk-ngetuk ganas keyboard, telefon bimbit Galaxy Note berwarna putih kedengaran menjerit-jerit minta diangkat. Lagu ‘Salam Terakhir’ pulak tuh. Cannot go betul.
            Sahabat karibnya buat panggilan. Memang kena angkat ni. Kalau tak mau hangat telinga Aliyah lepas ni kalau dia tak angkat panggilan tuh. Memang laser mulut makcik seekor tuh. Tak ada insurans. Main terjah je. Tapi terjah dia semuanya betul.
            “Hello? Ha? Ada apa yang tak puas hati dengan aku ke yang call time-time kerja gini? Mau 1 lawan 1 ka? On ja. Kat mana? Jangan cakap tak berani pulak.” Amboi. Kemain Aliyah terjah Sally dulu sebelum kawan tu sempat bukak mulut. Merepek Aliyah dah start!

bacaan lanjut....

Monday 2 July 2012

Catalyst Product kesihatan untuk wanita dan lelaki.

Catalyst merupakan satu produk kesihatan dan kecantikan yang dihasilkan oleh bahan semula jadi. Terdapat pelbagai jenis bahan tambahan yang dihasilkan oleh Catalyst bagi pengguna perempuan mahupun lelaki.

Produk utama Catalyst adalah “Virgin Coconut Oil (VCO)” – Minyak Kelapa Dara yang boleh didapati melalui tablet atau cecair (pure oil). Apakah itu Minyak Kelapa Dara dan Apakah Kebaikannya? Pakar kajian merumuskan di dalam kelapa dara terdapat satu minyak tepu yang dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. Proses yang digunakan adalah proses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya kekal seaslinya.

Antara Kebaikan & Khasiat VCO:

1. Kecantikan luaran
a. Menghasilkan tenaga segera.
b. Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit.
c. Jika disapu, ia membantu untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis halus.

2. Kecantikan dalaman 
a. Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
b. Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
c. Mencegah risiko sakit jantung.
d. Menurunkan tekanan darah tinggi.

3. Meningkatkan daya tubuh badan 
a. Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis.
b. Melindungi tubuh daripada radikal bebas.

4. Membunuh virus, bacteria & kulat

5. Hubungan suami & isteri 
VCO – 60 kapsul
1 hari – 2 biji (pagi/malam)
SM - RM39.90
S&S – RM 43.90
Tidak termasuk kos penghantaran
VCO – Pure Oil
SM - RM39.90
S&S – RM 43.90
Tidak termasuk kos penghantaran


Selain daripada VCO, ramai juga pengguna mengamalkan Collagen Premium daripada Catalyst. Collegen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan, memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan. Collagen digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan serta mengaktifkan penjanaan semula sel-sel badan yang baru.




Khasiat Menggunakan Catalyst Collegen:
  • Membantu proses pemulihan osteoporosis & osteoarthritis.
  •  Mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit.
  •  Mengatasi masalah kulit kusan, kering dan berkedut.
  •  Membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap
  • Menyuburkan rambut agar kelihatan lebat dan berkilau
  •  Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu badan 
 Kesan mengamalkan Catalyst Collegan:
  • Kulit tidak berminyak
  • Mengurangkan masalah jerawat
  • Mengurangkan parut-parut yang ada di kulit
  • Badan terasa lebih cergas dan tenaga   
Collagen Premium – 15 sachets
1 hari 1 sachet
SM – RM59.90
S&S – RM65.90
Tidak termasuk kos penghantaran

 
Produk-produk Catalyst yang lain:

  • Hair Treatment & Hair Revitalizer – Untuk merawat kulit kepala dan keguguran rambut
  • Natural Fibre Drink - Membantu melancarkan sistem perkumuhan serta untuk kecantikan tubuh badan
  • Mindstar – meningkatkan ketajaman minda
  • Men Vita – mengatasi masalah dalaman dan luaran bagi lelaki
  • Femme Vita – meningkatkan tenaga, menyelesaikan masalah dalaman wanita
  • Mexorea – membantu mengatasi masalah sengugut yang serius  
 
Keterangan lanjut: Catalyst Najwa  (klik sini)
  

Sunday 1 July 2012

Mahukau !

"Confirm?"

"Yup!"

"Sure?" Ditanya lagi.

"Double yup." Jawabnya bersama anggukan yang penuh yakin.

"Yakin?"

"Kau nak aku tendang kau sampai tergolek-golek ke?" Penat menjawab! Dah berapa kali diulang jawapan yang bebeza tapi maksud yang sama, tapi masih lagi bertanya. Siapa yang tak geram? Baby yang baru lahir seminggu pun geram kalau disuruh berjalan dah. Haish...

Rakan disebelah dijeling habis. Megat ketawa kecil sambil menoleh memandang Hadzril sudah geram. Dijeling sekali lagi Megat disebelah.

"Gelak gelak! Suka aje kau ek?" Hadzril mencebik. Geram dengan gelagat Megat yang asyik ketawa dari tadi.

"Mana ada. Okeylah. Ikut kau lah. Aku on jer." Dia sudah kurangkan ketawa kudanya itu.

Hadzril sudah bangun bersama kertas di tangan. Baru separuh badannya bangun, terbeliak matanya! Teringat sesuatu! Megat memandang pelik!

"Asal kau?"

"Akak aku!"

"Hah! Kenapa dengan dia? Sembelit ke?" Lepas itu, dia ketawa dengan katanya sendiri.

Hadzril menggaru-garu kepala sambil buat muka sepuluh sen. "Matilah aku..." meleret sahaja suaranya. "Kenapa?" buat sekian kalinya Megat bertanya. Wajahnya sedikit menampakkan kerutan didahi. Dia pulak yang tolong berfikir untuk Hadzril yang macam dah terberak buah durian.

"Haish! Kau ni...Aku tanya ni, kenapa dengan kakak kau?!" Sedikit meninggi suara macho Megat. Geramlah tuuu....

"Kakak! Aku lupa ambil dia dekat pejabat! Mampus aku..!! Arghhh..!!"

"Ok! Aku terpaksa bersetuju dengan kau...kau bakal..." Hadzril terhenti menjerit lalu memandang Megat. Menantikan ayat yang bakal Megat keluarkan.

"Mampus..." Perlahan saja suaranya. Hadzril tunjuk muka kesian.

Kesian pulak Megat tengok. 'Kalau la aku ni banyak idea jahat,' fikir Megat sambil mengeluh. Hadzril menoleh memandang Megat yang tertunduk. 'Asal pulak dia ni? Mengeluh tiba tiba. Aku yang ada masalah dia yang lebih lebih,' bisik hati Hadzril.

"Kau ni asal? Abang Yem kau dah tinggalkan kau ke?" Abang Yem merujuk kepada kucing Megat yang ditatang macam anak sendiri. Saja dipanggil Abang Yem sebab Megat minat betul dengan video itu.

"Hahaha..." terus Megat melepaskan ledakan ketawa lambak dia. Dipegang perut menahan sakit sebab gelak. Ada juga manusia yang macam tu ek? Terangkat kening kiri Hadzril. "Tak ada ape, tak ada ape. Aku gelak sebab tiba-tiba teringat video tu. Hahaha...." disambung kembali ketawanya.

Tidak lama kemudian, Hadzril juga turut ikut ketawa. "Gila ah! Tapikan video lagi satu lagi best, alah video yang Gelimat tuhhh..! Haha...kucing kacang batik, Muthu kata lentik!" Ah, sudah lari topik sudah mereka.

"Eh! Kau ni tunggu apa lagi? Pergi ajelah cepat jemput kakak kau! Lagi lambat berdouble kakak kau marah lagi nanti. Dah! Gerak sekarang!" terus mati tawa Hadzril. Dipandang lambat-lambat Megat disebelah. "Bangunlah!" sergah Megat sekali lagi.

Kalut-kalut Hadzril bangun. Kemudian teru laju dia melangkah keluar dari kelas. Rancangan nak pergi makan terpaksa dibatalkan. Menggeleng-geleng kepala Megat. Dia bangun lalu bergerak keluar dari kelas juga. Perut pun dah dendangkan lagu Amuk, lebih baik dia bangun dan makan seorang. Kalau tunggu Hadzril, alamatnya kebulur la dia.

***************************************************************


Hadzril resah menunggu didalam kereta. Berbagai-bagai alasan dipilih. Jenuh memerah otaknya agar memikirkan alasan paling logik. Kejap tangannay mengetuk-ngetuk stereng kereta. Resah hati belum lagi reda.

bacaan lanjut....

Modul oh UiTM !

Salam semua. Dah lama tak update kat sini. Yerlah, agak busy dengan benda-benda nk dibuat. Yelahkan, dengan trainingnya, dengan presentationnya. Mau taknya penat. Wohoii...sudahlah p UiTM pun jalan kaki jewww.. Malas nak susahkan orang lain suruh pi amik dan hantaq. Tak dak kerja nak suruh macam tu,. Bukan jenis aku, melainkan terpaksa sahaja.

Baiklah aku bukan nak cerita sangat pasal benda-benda alah ni. Just nak kongsi modul ja! Haiya. Modul oh modul. Setiap sem sehingga sem 6, setiap pelajar UiTM perlu menghadiri modul untuk mendapatkan kemahiran insaniah. Kemahiran insaniah perlu ada untuk grad.



Haiya, yelahkan, kalau tak wajib, sah-sah ramai yang tuang aja modul tu. Bukannya apa, pakat-pakat malas larh katakan.

Ok, aku pulak dapat dengan Arip, teman serumah aku. Nasib, kalau tak, memang aku sorang la, sebab lagi 5orang kawan aku, semuanya dapat sehari selepas modul aku punya. Memang tak larh kan aku nak bangun awal. Silap hari bulan aku bangun time Zohor. Haha..



Baiklah, group aku dengan Arip dpt menang permainan paku berdiri. Kejap nak mati ada sorg budak ladang tu buat. Ada kot 1minit lebih. Kejap gila. Yelahkan dia pun pernah buat kot. Haha. Kes tu dia laju aja buat. Akhirnya dapat juga menang! Menang roti. Haha.



Tapi oklah tu at least kitaorg punya fasilitator ada juga bagi dari yg xdak tu. Haha. oklah nk cari bahan nk update kejap. Dan maybe aku akan transfer karya aku ke sini, so harap-harap korang dapt membacanya dengan lebih minat. hehe...

Friday 15 June 2012

Tutorial | Macam mana nak check kesihatan battery laptop ?

Salam.

Entry sebelum ni aku ada post pasal kesihatan battery aku or capacity battery. So, macam mana aku check? Mesti korang nak tahu jugakkan? So, korang bukak CMD atau Command Prompt. Kalau nak tau kat mana CMD tu, korang tekan button Start pastu search perkataan 'cmd'.

First sekali korang taip perkataan ni lepas korang dah bukak cmd <-----powercgf -energy--->

CLICK gmbar kalau nak kasi besar lagi itu punya gambar nohhh....

Kemudian tggu seminit then benda tu akan setel....

Kat mana nak view report?

Itu takder masalah. Korang just tgk dekat cmd tu and cari kat mana dia save report tuh...setel! HEhehe...


Then korang scroll report yang berbentuk html tu, sampai tgk kat capacity...

contoh macam kat bawah ni..hehe


Thursday 14 June 2012

Battery dah nak lingkup ! Macam mana check? Jom tgk

Salam.

Okeylah korang semua hari ni just nak share pasal battery laptop. Sah2 korang semua ada laptop kan? At least pernahlah ada kan? Hehe. Korang tau tak sebenarnya battery kita akan jadi kurang capacity iaitu byk mana boleh kita cas?



Makin lama korang suka cas battery time bukak laptop, makin cepat battery korang rosak. So, kalau nak bagi battery tahan lama, jangan cas battery time korang guna laptop. Atau pun buang battery time korang nak guna laptop. So, jimat lah duit korang nak kena beli battery baru kalau dah kembang or rosak.

Mahal kot wehh.. Aku punya dulu pun dekat RM200 jugak la. Berpinau bijik mata tgk duit terbang kat kedai Cina tepi stesen bas Kangar tu wehh. Dengan duit tu boleh beli makan untuk 2minggu sepanjang kat UiTM Arau ni.


Inilah aku punya history setelah menggunakan battery ori yg kedua selepas berlakunya evolusi battery aku terdahulu yang telah memberanakkan battery baru. Lepas ni tak tau lah bila pulak battery aku nak beranak anak kedua pulak.

So, marilah sama2 kita jaga battery agar tak kehilangan duit anda dengan begitu banyak nya. Melainkan anda begitu kaya..haha...

Konklusinya(dah macam budak SPM), korang jangan cas battery time nak guna laptop. Supaya tak cepat rosak battery. heheeeee..

MOHON reramai komen and like story ni hehe...lepas ni nk update macam mana nak check battery anda...

Tuesday 12 June 2012

VIPRE Internet Security 2012 !

Salam. post ni saja aku nak promosikan antivirus yang rakan aku jual. So, korang kalau nak apa-apa boleh hubungi beliau. Baiklah Vipre ni adalah antivirus dibawa ke Malaysia. So, korang kalau rakyat Malaysia, suppport la product Malaysia.



Ok, aku just nak review apa yang patut pasal antivirus ni. So far, apa yang aku tahu, antivirus ni tak melambatkan pc or laptop korang seperti certain2 antivirus tu. Yalahkan, korang kalau boleh nak aje kan software yang tak slowkan pc or laptop korang. Selagi boleh sumbat software yang tak memberatkan pc, selagi tu korang akan sumbat tak kiralah open source of close source. haha. Jangan nak tapi k.

Ok, selain itu Vipre juga adalah produk yang baik dalam detect, blocking, dan remove virus.

For its excellent virus protection, industrial strength firewall, and best-of-class technical support, VIPRE Internet Security 2012 earns our Editor's Choice for best Internet Security Suite of 2012. (Sumber, pcantivirusreview )
Kalau korang nk tahu, lesen dia adalah dia bagi 3tahun, tapi 1 user ajela. kira berbaloi larh tu. Lagi pulak Vipre adalah editor choice di pcscanreview.

Okey, kalau korang nk harga yang murah boleh hubungi, Mohammad Shazwan Mohd Saad ....

Friday 8 June 2012

Menakutkan di Hentian Sg Buloh !

Salam semua. hai..acano korg semua?? haha. ok kan?

Baiklah, aku nak share satu story dengan korang semua. Ni bukan cerita rekaan ok tpi benar-benar berlaku dan berlaku dekt family aku. Tapi nak cerita gitu-gitu ajela. Kalau detail nanti korang seram pulak, lantas tutup blog ni haha.



Ok ni bila nak balik dari kenduri barbeque di kampung aku di Sik, Kedah. So, kitaorg makan kenyang-kenyang haha. Biasalah, balas dendam bila dah tak sakit macam dulu yg membuatkan aku kurus nak mati tu haha.

Memang kelas barbeque sempena maksu and paksu aku balik kg. Biasalah kalaud diaorg kalau balik. Konpem akan buat barbeque haha. Kenyang doee.ekek

Ok kisah ni terungkita bila time nak balik rumah dengan family, mak terbukak cerita masa nk balik and time tu jumpa maksu. Mak cerita tapi time tu aku kat dlam kereta. So aku asyik tny kat mak, apa yg seronok sgt cerita tu, macam seram ja bunyi dia. (aku ni pantang dengar cerita seram2 ni, asyik nak dengar lagi jer. xcited lebih) haha. Then mak kata nnt kita balik. Ok, then aku pun tunggu la sampai balik rumah.

Kat rumah, mak cerita larh. Benda ni jadi bila on the way nak tengok arwah mak andak aku di Melaka. Aku time tu kat Arau sebab esok ada exam intersesi. huhu. Kemudian, family aku rehat kat RnR Sungai Buloh. Malam kan. Tak larat larh nak jalan jejauh sgt.

Then, kat tapak parking tuh ada beberapa kerat kereta je. Masing-masing jauh pulak. Kemudian, semua pakat2 nak tidoq larh. Yelahkan, penat. Tapi something happen. Mak macam separuh sedar nampak bebayang depan dia. Mak cakap mata dia merah, dia tengok ja mak. Kemudian tiba2 dia dtg gigit pinggang mak aku. Mak aku tak leh buat apa. Macam tak tau nak buat apa.

Lama jugak keadaan macam tu sampai mak baca Ayat Al-Kursi. baru dia pergi.

KEBETULAN pulak time tu, abah pun kena jugak. Tapi dia bukan kena gigit! Dia kena tahan. Mata masing2 xleh tidoq. Abah kena tahan tangan tak boleh gerak. Lama gak macam tu.

Mak baca macam-macam time tu sebab takut adik aku kena apa2 ka, sebab dia tidoq kat belakang. Tak sedaq apa! Haha. Lawak pulak. Nasib adik aku tak kena apa2 ka. Risau juga mak time tu. Yalahkan takut jadi benda tak ok ka apa ka kat adik aku tu haru.

"Agaknya depa couple kot." Boleh mak buat lawak tengah2 malam ni. Haha. Mak cakap macm tu sebab dua dua depa mengacau mak dgn abah aku.

Agaknya mak and abah aku parking kat tempat tido depa kot. Lagipun, banyak kali dah dengar cerita orang kena 'usik' kat kawasan tuh. tak banyak org pulakkan. Berani larh dia kacau. Sekian end of my story. By the way, esok dah kena balik Arau.. :'( nk cuti lagi....

Firefox 13 telah dilancarkan !

salam semuanya. sihat? hehe. Mesti sihatkan. Oklah, malas nk celoteh merepak panjang. Aku nak cerita seketika pasal Firefox 13 yang telah dilancarkan baru2 ini. Setelah diguna pakai, Firefox 13 ni memang pantas apa yg diperkotak katikkan oleh org ramai. Ia turu membawa beberapa fungsi baru di dalamnya. Pakej kot!






Apa yang perlu di beri perhatian adalah di mana bila korang nak bukak tab baru, ia akan memaparkan thumbnail beberapa laman kegemaran anda. Jadi tak perlu larh anda bersusah payah nak bukak history nak tgk kembali halaman tersebut. Hanya bukak tab baru dan segala laman kegemran anda akan terpapar. Hehe. Mudah kan?





Dah macam Mac pun ada tapi lagi cantik la. Haha. Firefox 13 ni juga dikatakan merupakan antara pelayar terpantas. Klik saja ikon, beberapa saat kemudian akan keluar lah.



Kemudian, kalau korang perasan, bila anda scroll mana2 page yang anda bukak, ia akan scroll dengan smooth. tiada sekat2 macam Firefox sebelum ni. Smoothnya memang cantik. Jadi, cubalah yang baru ni.

Bagi yang meminati Firefox 13 dan ingin download, boleh ke sini.. Klik you olllsss


Thursday 7 June 2012

Jumpa balik kawan-kawan lama ! XD

Salam semua. ARghhhh!! sangat best weh..yelahkan, lama tak jumpa kawan-kawan sewaktu sekolah dulu. Haha. terimbau balik time sekolah dulu. Banyak kenangan woohh..Yalah kan! Zaman main2 tarik hidung. Eh? haha. apa2 ajelah. Tapi serius best weh..! Tak tau nak gambarkan macam mana. Even banyak yg dah lain2 tempat beljar, tpi masih lagi gila2 macam dulu. Tak lupa masih mengutuk depan2 macam dulu. Haha.



Bila diimbau kembali zaman sekolah dulu, memang banyak suka duka dia. Tapi bila ingat balik sekarng, zaman suka lagi banyak! Memang mengamit memori sgt2. haha. Teringat balik macam mana zaman sekolah dulu, yg kena ligan dgn cikgu sebab kes ponteng! Haha. Kelas kau jahh.. Haha.

Tapi tu dulu, skrg masing2 dah besar. Dah boleh fikir sendiri. Tapi seriusly sgt mengujakan kalau ada org tny nak balik ke zaman sekolah tak? Opkos laaa...! Sapa tak mau! Zaman comel tu haha. Tapi zaman sekolah menengahlah paling best aku rasa. haha. Sebab cikgu pun sporting2 semua time tu. Haha.

So, korang macam mana zaman sekolah? Ada story? Meh la share.. XD


Tuesday 5 June 2012

Maghi cakap Kedah nohh !

ok...lepas bebrapa minit lepas post pasai adegan kasih kekasih tu, aku nak post pulak pasai negeri kelahiran aku, iaitu Kedah. Owh sayang Kedah. KEDAH DI HATIKU..haha



btw ramai yang nak belajr sebenarnya bhs Kedah ni. yalahkan, ada yg aku pernah dgr, bhs Kedah ni lembut. hampa biaq betoi weh. bhasa Kedah ni kasaq tau dak? haha. tudia aih. ada yang kata tak paham lasong bila dengaq org ckp Kedah haha. biasalah tu. tpi kalau dah selalu dengar nnt, xdak masalah la. and lawak gila kalau org bukan Kedah try ckp Kedah haha. macam pelik bunyi dia. tu yg kmi suka kalau org luaq terutama kot belah2 KL nuh cakp Kedah.


ni map Kedah. aku dok kat Sik. hehehe

tpi hampa semua belum dengaq lagi yg betoi2 pekat atau pun yg memang dari hulu. contohnya macam aku. cumanya kalau kat tmpt len kena la ckp Kl. satg ada jugak dok "haa? ha?" dok tak paham2 apa aq ckp. ckap dia memang pekat kot. haha..btw kalau hampa semua nak belajaq, ni ada ayat2 Kedah aku boh.

1. Qhe-ngau = cakar
2. Se-qheyat = reda/ surut
3. Hambat = kejar
... 4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati
5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa
6. Ligan = kejar
7. Cemuih = bosan/jemu
8. Tokak = gigit besar
9. Gey-qhek = basikal
10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)
11. Belemoih = comot/ kotor
12. Tetomoih = tersungkor
13. Ku-tey = cubit
14. Tak dan = tak sempat
15. Hebiaq = celupar
16. Maneh melecaih = tersangat manis
17. Lencun = basah
18. Lokoih = basah kuyup
19. Kawaq = pencuri
20. Kanyaq = mentah (berhingus)
21. Ketegaq = degil
22. He-qhot petot = senget benget
23. Me-qhela = gatal
24. Log laq = cemekap/ cuai
25. Hawing = pusing
26. Punggai = baling/ lempar
27. Tengalong = tuju/ baling
28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah
29. Ayaq achaq = air longkang
30 .Ha-qhin = hancing
31. Kelepiaq = melibas
32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat jokes
33. Hemoi = "muka tak malu"
34. Me-qhe-nyeh = menggatal
35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau
36. Hapak pera'e = bau hapak
37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau"
38. Celuih = muat
39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau
40. Me-qhe-yup = jauh/ sayup / nak malam
41. Qhem-pang = "tergedik-gedik"
42. Kampoi = kumpul/ kaut
43. Je-qhang = rebus
44. Capoi = celupar
45. Te-qhe-bey = lastik
46. Melo-qhoih = lucut/ gelongsor
47. Me-qho-not = membongkok
48. Sene-qheh = selisih
49. Be-qha-chaq = comot/ kotor
50. Qhembang = gemuk / merembang
51. Pedo = hati-hati
52. Peqhusah = urus
53. Hapuih = tenggelam (lemas)
54. Qhan-dok = redah
55. Se-ghoh = kebah/ kurus
56. Qhen-jong = tinggi lampai
57. Pe-qho-ngoih = panas baran
58. Takek = ketuk/potong
59 Be-qhemba = bersaing/ lumba
60. Qhe-tiaq = ikhtiar/ fikir
61. Ge-qhet = gigit
62. Tahaq = tahan
63. Qha-gaih = panjat
64. Melewaq = merayau
65. Melahaq = kebulur
66. Qha-bat. = naik/panjat
67. Qhim-bok = belasah
68. Mengkelai = berkelahi
69. Cuak = seram / tak sedap hati
70. Juih = mulut muncung
71. Melilau = terhoyong hayang / berjalan-jalan
72. Qhodong = melulu
73. Qhedah = redah
74. Ayaq seqhebat = air sirap
75. Peqhasat = sangat dengki
76. Mandom = lembap / lambat
77. Ceqhoi = sangat cair / lekeh ( untuk anak muda )
78. Tepok = lumpuh / tampar
79. Qha-bit = terkoyak / pecah ( untuk kaca )
80. Kok-ko = dukung
81. Mai = mari
82. Terple'ot = terseliuh
83. Gomoi = bergaduh/ bergusti
84. Ketit = cubit / kena gigit serangga
85. Ga-qhet = gatal/ mengada-ada khas utk pompuan
86. Nala = tersangat / besar
87. Mang-kark = buah tak masak / perangai tak elok
88. Bergenuak = berduyun- duyun / ramai
89. Pediah = habuan
90. Polok = makan penuh mulut
91. Tey-liang = senget / memandang dgn pandangan sisi
92. Qhe-ling = jeling
93. Peng-kaq = kaki tempang
94. Me-qhe-nyut = serabut ( cacing @ semut )
95. Kesot = alih mengesot
96. Lanyau = bersihkan / sejenis binatang kecil
97. Cempong = angkat/ dukung
98. Lekaq = lapik periuk dibuat dari lidi
99. Conek = ekor
100. Depa = mereka
101. Qha-let = leka/cuai
102. Cey-mey = Mata bengkak dek kena pukul / free
103. Bakup = mata layu / mata bengkak
104. Katok = ketuk/pukul
105. Buah ce-qhe-mai = buah cermai
106. Buah qhe-yang-dot = buah keriang besar kat kampung2 dikedah!
107. Ikan ka-qhen. = ikan laga
108. Bijik qhe-mia = warna keunguan
109. Ikan temenung = ikan kembong
110. Sendai = ketatkan/ kemaskan / selak/lapet
111. Ketuat = kutil
112. Mengacom = mengadu
113. Mengkelan = tersangkut makanan
114. Kueh danga = kueh dari kelapa parut, gula dan dibakar
115. Kueh ka-qhas = kueh macam "bihun" / karas
116. Mot = bawak/ muat / bonceng
117. En-jos = exzos
118. Pedai ayam = kunci mangga/padlock
119. Pre-went = sprocket/ freewheel
120. Pe-diaq = rasa macam "colgate" / rasa durian yg tak manis
121. To-qheh = turis/ calar
122. Tungging buyung = "somersault"
123. Ponen = pondan/lembut, waria
124. Kesot = Injak / mengesot
125. Qhamaih = Ramas
126. Boroi = Berperut buncit
127. Kedeqhat = Kudrat
128. Biaq = Biar
129. Qhabat = Panjat
130. Ragaih = Panjat
131. Ghamei = Suka/gembira
132. Terebey = Lastik
133. Keciwi / ciwi = Belagak dgn barang baru beli / syok sendiri
134. Belengaih = Kotor
135. Contiang = Lukis
136. Mengkala = Kalau / seandainya
137. Katik / kemetot = Kecik / kiut miut
138. Celapak = Terkam / lompat
139. Se-gheyau = Takut- takut
140. Mengketedarah = Makan / makan dgn banyak
141. Melahaq = Lapar /Makan
142. Hampa = Mereka / kamu / awak
143. Depa = Mereka
144. Merenyam = Gatal (playgirl)
145. Tak dan = Tak sempat
146. Nyeh = Buang hingus
147. Ghe-nyeh = Senyum nampak gigi ( senyum kambing )
148. Singkiaq = Singkir
149. Keleboq = Selut hitam

Tengok sini pun Boleh