Tett!
Tett!
Hish! Siapa pulak yang disampuk
sawan call ni? Aku baru nak breakfast pun tak senanglah. Kang aku jentik-jentik
juga telinga si pemanggil yang kena sawan tuh! Rungut hati Aliyah.
Roti kaya ditangan disapu laju-laju. Mahu mengangkat telefon dengan segera!
Supaya dia boleh bersarapan dengan senang lenang hatinya. Mahu menikmati
sarapanlah katakan. Sekali siap roti, perlahan-lahan dia menikmati dengan penuh
rakus. Dah macam tikus baru lepas mogok dengan tuan rumah kerana pasang
perangkap pun ada. Mengembung pipi mulusnya.
Laju langkah diatur bergerak ke meja diruang tamu. Mulut masih lagi
mengunyah. Ditelan setelah makan tersebut di penghujung mulut. Err...acano tu?
Ah lantaklah. Aliyah dah macam nak terburai biji mata setelah mata omputihnya
membaca nama yang tertera di skrin telefon. Aduh! Apa hal dia telefon pepagi
gini? Nak cari apa? Roti bakar? Keluh kesah hati Aliyah dibuatnya.
Punat berwarna hijau di tekan.
“Hello? Assalamualaikum...” merelet suaranya. Penuh adab dan sopan orang
melayu. Dia berharap manusia dihujung talian tidak meninggikan suara seperti
selalu.
“Waalaikumussalam. Ella, boleh tak datang pejabat awal sikit hari ni? Bukan
ke saya dah cakap semalam yang hari ni saya ada meeting penting dengan client?
Dah lupa ke? Apa yang kamu ingat? Makan? Ni mesti kat rumah lagi kan?”
bertubi-tubi soalan diserang oleh manusia bersuara garau dihujung talian.
Meskipun masih bervolume rendah tapi diteran-teran macam menanggung azab berak
yang berat. Macam kena sembelit pun ada jugak. Aliyah rasa nak ketawa puas-puas
saja kat situ membayangkan majikannya itu bercakap dari dalam jamban sambil
teran nak mengeluarkan kek warna koko tu.
Tapi mana dia nak berani buat macam
tu. Mau kena pecat ka? Sudahlah bosnya yang telefon. Garangnya mengalahkan
bapak dia yakni empunya syarikat di tempat Aliyah bekerja. Roti yang tersekat
dikerongkong terus lancar pergerakkan menurun ke perut.
“Err, Tuan Idan. Eh saya dah on the way ni. Mana ada kat rumah lagi. Tadi
lagi saya dah keluar dari rumah.” Dalih Aliyah. Nak mati ke? Soalnya sendiri.
Ah lantaklah. Janji selamat tak kena dengar ceramah berjela-jela dengan si Idan-bersiteri-cukup-quota
tu. Boleh bernanah seminggu telinga kalaun dengar dia ceramah.
“Betul ke ni? Tak dengar orang lain pun kat situ.” Suara sebolehnya di
perlahankan lagi. Pelik Aliyah mendengarnya. Ni apahal pulak yang macam
curi-curi cakap dengan kekasih gelap ni?
Takkan Tuan Idan yang berbini lengkap quotanya itu pun masih ada hati lagi
nak pasang yang kelima? Siapa pulaklah anak ikan yang dia tangkap kali ni. Tak
pernah serik-serik orang tua ni. Dah bercucu pun masih hati mahu tambah lagi.
Dah terlebih hormon jantan sangat kot. Sumbat cili baru tau.
“Eh betullah Tuan. Masing-masing buat hal sendiri. Takkan nak bersembang
macam dekat kedai kopi pulakkan.” Bantai sajalah Aliyah.
“Oh betul jugakkan. Cepat sikit sampai. Nanti kalau dah sampai cari jumpa
saya di bilik.”
“Bilik kat rumah Tuan?” belum sempat Tuan Idan mengucapkan salam, Aliyah
terjah dulu. Berkerut-kerut dahi Aliyah berfikir. Biar betul Tuan dia ni? Gila
apa nak suruh aku pergi rumah dia. Kang tak pasal-pasal kena serang dengan
isteri-isterinya tu. Mahu berdamaq mukanya nanti makan penampar sulung mereka.
“Hish! Cuba fikir positif sikit. Bilik dekat office la. Nak buat apa kat
bilik pejabat saya. Bukannya saya minat kat awak pun.” Sedikit membebel
majikannya itu.
Aliyah tersipu-sipu malu kena serang balas balik. Yelah, dia yang fikir
terlebih quota broadband otak dia. Kan dah kena balik. Eh? Macamlah aku ni
minat sangat dengan orang tua ni. Perah santan pulak dia ni. Gerutu hati Aliyah
geram. Terherot-herot mulut dia membebel dalam hati.
“Oh, okey. Ada apa-apa lagi Tuan?” tanya Aliyah cover malu. Suara di kawal
seboleh mungkin, rasa nak jerit ja. Malu beb!
“Ha! Tak ada apa dah. Assalamualaikum.” Talian dimatikan.
Tidak Aliyah duduk berlama-lama lagi. Terus di gapai beg kerja di sofa dan
cepat-cepat dia keluar rumah. Mahu ke kerja! Bernanah telinga kalau kena sembur
dengan pakcik tu. Haiyaa...
“Ha!
Sampai pun? Tapi lama sangat?” Tuan Idan mula buka mulut sebaik matanya
menangkap tubuh Aliyah. Mata usha macam nak harimau nak terkam beruk.
Aliyah rasa nk cucuk-cucuk je mata
tu dengan pen ditangannya.
“Owh, saya berhenti dating dengan
tandas kejap.” Bohong lagi. Kalau hari-hari macam ni, mau Aliyah jadi semput
nak fikir alasan.
“Owh, baiklah. Cepat siapkan
benda-benda yang perlu dibawak. Nanti tertinggal, jangan harap nak keluar dari
bilik tu. Cepat siapkan.” Arah Tuan Idan tanpa banyak cakap. Dia berlalu dari
meja Aliyah.
Dekat sejam juga Aliyah bersama yang
lain di bilik berhawa dingin tapi panas nak mati sebab ada mata yang
sangat-sangat galak usha anak dara orang. Tahu tak tak elok usha anak dara
orang macam tu? Nak kena kerat 18 ke? Biar setanding dengan Mona Fendi tuh. Mau
famous amos aku nanti. Mau terbukak terus biji mata lelaki-lelaki dihadapannya
ni, gerutu hati Aliyah. Wondering betullah. Ni tengah mesyuarat atau
pertandingan usha-usha anak dara orang? Kang ada juga kena sebat dengan rotan.
“Jadi saya rasa takat ni dululah
perbincangan kita. Sebab masih belum ada yang lengkap. Jadi kami minta diri
dulu. Terima kasih.” Seraya itu puak-puak bangsawan itu bangun dan bersalam.
Mata si bangsawan tetamu itu masih memandang galak ke arah Aliyah. Serius!
Aliyah rasa nak baling segala mak nenek barang yang ada ditangannya.
Tapi senyuman manis perlu dihulur
untuk memikat client supaya terus bekerjasama dengan syarikat tempat dia kerja.
Kalau nak tunjuk muka samseng, confirm-confirm client lari. Tak adanya diaorang
nak bekerjasama. Mau bankrap tempat kerja macam tu.
Aliyah cepat-cepat kemas barang dan
berlalu dari bilik tersebut setelah mendapat kebenaran dari Tuan idan. Mereka
masih menunggu di bilik tersebut. Ada perbincangan lagi kot. Alah! Peduli apa
Aliyah. Malas nak ambil tahu. Berdepan dengan manusia-manusia sakit mata tu pun
dah rasa penyakit kronik datang menyerang, inikan pulak nak bersembang. Mohon terjun
bangunan lepas ni Aliyah kalau benda ni berlaku.
Komputer dibuka. Punggung dilepas
dengan perlahan. Sakit bontot weh duduk lama-lama dalam tu. Naik kematu bontot.
Sikit lagi ja mau luruh segala wayar-wayar kentut dalam bontot. Sudahlah dah
habis dia kena ‘usha’ hangat tadi. Ingat dia ni hot stuff ke dok belek-belek
macam nak usung pi sana pi sini?
Geram pula Aliyah memikirkan benda
tu. Sudahlah! Malas nak fikir. Sedang jari-jari runcing lagi comel Aliyah
mengetuk-ngetuk ganas keyboard, telefon bimbit Galaxy Note berwarna putih
kedengaran menjerit-jerit minta diangkat. Lagu ‘Salam Terakhir’ pulak tuh.
Cannot go betul.
Sahabat karibnya buat panggilan.
Memang kena angkat ni. Kalau tak mau hangat telinga Aliyah lepas ni kalau dia
tak angkat panggilan tuh. Memang laser mulut makcik seekor tuh. Tak ada
insurans. Main terjah je. Tapi terjah dia semuanya betul.
“Hello? Ha? Ada apa yang tak puas
hati dengan aku ke yang call time-time kerja gini? Mau 1 lawan 1 ka? On ja. Kat
mana? Jangan cakap tak berani pulak.” Amboi. Kemain Aliyah terjah Sally dulu
sebelum kawan tu sempat bukak mulut. Merepek Aliyah dah start!
“Waalaikumusalam. Kau ni bulan
tengah mengambang ke? Ke bulan mengembang? Ke laki kau tinggalkan kau? Itulah,
aku dah cakap jaga dia elok-elok. Kasi mandrem sikit bila kau masak tu. Confirm
tak lari punyalah.” Giliran Sally pulak memulakan sesi mari mandrem suami.
Aliyah tepuk dahi. Lupa bagi salam.
Kan dah kena balik. Jari dah stop beri tekanan melampau kat keyboard.
“Assalamualaikum. Hehe. Lupa. Eh,
kau ni tak baik tau mandrem-mandrem suami. Berdosa besar tau. Menderhaka
namanya tu. Dan aku mana ada suamilah. Bujang hot stuff lagi tau.”
“Hei makcik, ada aku cakap pasal
mandrem dengan benda-benda bomoh tu ke? Imaginasi kau ni jauh sangat lah.
Maksud aku mandrem tu, mandrem dengan kasih sayang. Memasak dengan sepenuh hati
untuk si dia. Memasak dengan kasih sayang yang ikhlas. Kasi cium itu punya
makanan. Muah! Muah! Alah, nanti adalah tu.” Nada dah macam Fadzilah Kamsah.
“Halabau kau weh. Pandai aje nak
simpang siur jawapan kau ni. Ha! Dah stop merepek. Ce cakap apa kau nak dengan
aku yang tetiba call waktu kerja ni? Kerja ke tak kau ni?” Makin lama layan si
Sally ni, makin panjanglah bualnya. Nanti tak pasal-pasal terkandas segala
kerja-kerja dia. Memang nak kena penalti dengan si Idan tuh. Penaltinya, ‘jadi
bini saya yang seterusnya’. Walaweh! Minta simpang ke kanan!
“Owh, lupa pulak dengan tujuan yang
sebenar-benarnya aku call kau. Haha.” Sempat dia ketawa disamping mengatur ayat
skema tahap budak sekolah darjah 6.
“Hah! Cepatlah cakap. Aku tak ada masa
nak layan kau lama-lama ni.” Sikit menderam suara Aliyah. Saja buat macam tu.
Bukannya berkesan pun pada Sally. Tahu sangat dia dengan Aliyah tu. Memain aje
tu.
“Aku nak ajak kau temankan aku
boleh?” Suara manja Sally dah keluar. Ni yang Aliyah lemah ni. Kalau Sally dah
keluar aura-aura gedikss melampau memang Aliyah cair habislah. Kesian sangat
dengan orang yang merayu-merayu ni.
“Hish! Apa?” saja buat-buat garang
pulak Aliyah ni.
“Alah, janganlah garang-garang
sangat. Takut aku tau. Nanti tak laku pulak kalau garang-garang ni. Hehe...”
sempat lagi tu.
“Eh, dia ni. Ha! Nak pergi mana?”
“Yes! Kau setuju kan?” suara Sally
dah ceria. Dia tahu sangat Aliyah boleh diharap.
“Wohoho! Ce cakap dulu nak pergi
mana? Kemain aja dia sesuka hati buat keputusan untuk aku.” Bebel Aliyah.
“Alahhh. Pergi ambil abang aku si
Taufik tu ha. Dia balik naik flight. Petang ni sampai. Bolehla, bolehlaaa.”
Pujuk Sally.
“Kejap aku tengok jadual aku.” Saja
Aliyah nak mendera si Sally. Padahal Aliyah tak ada pun nak check-check pun
jadual dia. Kalau dia tak check jadual pun, dia akan pergi sebab kesian pulak
memikirkan Sally. Yelah, dia tu bukannya tahu sangat area-area Alor Star ni.
Still newbies kat Alor Star ni.
“So?” setelah lama jugak Aliyah
mendiamkan diri padahal dok main-main game flash di laptop dia.
“Ermm...aku rasa aku tak..” meleret
suara Aliyah.
“Pleaseeeeeeee...” Aliyah rasa nk bantai
gelak kat situ.
“Aku tak jadi makan
sorang-soranglah. Aku join kau. Hehe..” memang Sally dah kena habis. Aliyah dah
tahan-tahan gelak. Sally dah rasa nak masak Aliyah jadi masak lemak cili api.
“AHHH..apa-apalah. Janji kau ikut.
Lagipun abang Taufik cakap dia nak belanja kalau jadi ambil dia kat stesen.
Kenyang perut seyyhh. Selamat duit aku.” Suka lebih pulak dia.
“Nanti kau ambil aku, boleh?” Aliyah
pula bicara.
“Boleh aja. Janji kau mahu ikut
aku.”
“Yelah makcik. Dah! Aku nak letak
phone. Nanti si Idan-bersiteri-cukup-quota tu nampak aku susah pulak nak up
gaji bulan ni.” Seloroh Aliyah.
Disambut pula oleh Sally dengan
ketawa mengilai bak puntianak tuh.
Aliyah
terkocoh-kocoh lari mendapatkan Sally dah agak jauh meninggalkan dia dihadapan.
Geram betul dia. Sudahlah tinggal dia terkontang kanting bila bab-bab nak
parking kereta tu. Jenuh jugak si Aliyah mencari parking tadi. Kalau tak
kenalah dia tunggu dalam kereta. Harapkan pagar, pagar pun hilang entah ke
mana. Eh? Mau taknya, bukannya Sally yg drive kereta, tapi Aliyah! Rasa nak
menyanyi lagi ‘Janji Manismu’ saja kat Sally.
Pintu balai ketibaan terbukak dengan
sendirinya bila Aliyah melangkah mendekati pintu. Dicari-cari wajah Sally, tapi
nampak kening saja. Body part yang lain dah dilindung orang ramai. Tu hah!
Akhirnya nampak juga Sally. Eh nanti! Tengah rancak bersembang dengan siapa
pula tu? Abang dia ke? Owh lupa pula Aliyah yang tu abang Taufik. Lama tak
jumpa. Begitulah jadinya. Muka pun dah tak berapa nk confirm sangat. Aliyah tersenyum
sendiri. Dia berjalan mendekati mereka.
“Amboi rancak sungguh diaorang ni
bersembang. Kalah orang gila tepi jalan bercerita pasal insurans.” Aliyah
senyum sampai nampak semua gigi-giginya. Dah macam over pun ada. Sally dan
abang Taufik memandang gerangan yang bersuara tu. Automatik Taufik tersenyum. Mula
dah senyum nak mengusik dia. Pantang nampak Aliyah, mulalah nak mula
ayat-perayat-gangguan-mental-sedunia dia. Aliyah dah mencebik bila ternampak
Taufik yang tengah pegang kamera DSLR mempamerkan senyuman dia.
“Alah, belum cakap apa-apa lagi dah
buat muka tayar 50sen dia.” Hamik kau! Selambak Taufik bantai gelak kat situ. Ada
3 4 pasang mata memandang mereka kemudian beralih ke arah lain.
“Eh, baik sikit, ini punya tayar
mahal tau. Mau dekat 5k tau. Tak main la tayar-tayar celup ni.” Mula Aliyah nak
buat ayat belagak dengan Taufik. Geram dengan Taufik. Bukan makan saman pun.
Yalah, ada ke manusia yang makan saman? Makan nasi ada la. Haiya..
“Dah dah. Korang berdua bukan boleh
dibiarkan. Nanti ada juga yang berguling bertumbuk kat sini.” Sally bertindak
menjadi pendamai tak bertauliah.
“Siapa bertumbuk cekau mencekau kat
sini?” tiba-tiba ada satu suara garau macam baru baligh di belakang Aliyah.
Hampir Aliyah melompat ke tepi sambil buat tendangan maut. Aliyah urut-urut
dada. Kus semangat! Dia dah sedikit terkalih ke kiri. Muka tuan punya suara
dipandang garang. Dibalas dengan kekening lelaki itu sambil usha gatal. Lelaki itu
tinggi. Aliyah diparas bahunya saja. Disedap kalau sekeh-sekeh ni. Astagha,
anak orang tu oi. Haram sentuh!
“Diaorang berdua nilah. Bukan boleh
ada sekali. Kerja nak lawan cekau saja. Nak tunjuk sapa paling hebat.” Sally tolong
jawab. Taufik senyum saja. Aliyah jeling ikan todak kat lelaki tu. Tak reti
bagi hint nak masuk conversation dulu ke awang? Ini main terjah Pak Man gosip
kedai kopi saja dia ni. Gaya dah ada, nasib rupa tu elok banyak.
Err ni siapa pulak? Timbul persoalan
di benak Aliyah.
“Kenalkan ni kawan abang.” Macam faham-faham
saja Taufik dengan persoalan yang dok asyik scroll atas bawah di kepala dia. Tudia!
Lelaki tu tayang gigi dialah! Ingat putih sangat ke mamat woi?
“Hai, saya...”
“Err, jom kita blah. Dah lapar ni.
Tadi si Sally ni bukan nak berhenti makan kejap.” Potong Aliyah sebelum kata
sempat di udarakan. Kekening lagi lelaki itu bagi. Kerek ah minah ni. Tapau
jadi pocong baru tau.
“Eh, aku pulak. Siapa yang bawak
kereta.”
“Maaf la noh. Aku tak bawak. Aku just
drive saja. Mampuih aku nak bawak kereta tu. Ingat aku ni bodybuilder ke?”
sempat dia bagi tayar buruk kat Sally. Dia pun nak juga buat kekening. Ingat kau
sorang saja mampu? Aku pun mampu weh. Bisik hati Aliyah pada lelaki
disebelahnya. Tapi tak adalah pulak dia nak tayang kat lelaki tu.
“Hah! Cepatlah. Nanti korang berdua
pulak yang lebih-lebih lawan cekau mencekau kat sini.” Sampuk Taufik sebelum
mereka start bertekak gedik. Memang stay situlah jawabnya. Tak adanya nak
bergerak balik. Lelaki itu masih memandang Aliyah yang buat muka kerek. Macam Aliyah
tak perasan. Buat dunno saja lelaki macam tu. Bukan boleh layan sangat. Nanti ada-ada
saja yang lebih gulanya. Mereka bergerak dari situ.
hahahaha....bla ak bca truih ak tbyg mlt ang myumpah ranah mcm si Alayah ni..xD close enough
ReplyDelete