Pages

cUwEeTnYa AkU...

Life is end if no love in heart. Predict what is unpredictable. Move on Your life. Menda alah ni. Ordinary people who has extraordinary power. KEK3..! Segala caci maki sepak terajang tampaq aku terima kalau aku salah. Sepak balik kalau bukan salah aku. Muhahaha....

Saturday, 19 May 2012

Kek Gula Hangus !

Entri kali ni, saja Pujangga nak letak pasal masakan. Sebab dah lama tak buat. Lagipulak, first kek yang pernah Pujangga pernah buat. Kalau nak tau, kek ni sebenarnya dah lama orang tak buat sekarang. Yalahkan, banyak pergi Secret Recipi jer kalau nak makan kek, mana nak buatnya. Biasalah, semuanya kaya raya sekarang. Kalau yang nk bukak bisnes kek tu, boleh lah cuba buat kek ni. Kalau ada kemusykilan, boleh aja tinggalkan komen anda.


bahan-bahan :

tepung 1mangkuk(ayak),
gula 1 1/2 mangkuk (bahagikan 1mangkuk dan 1/2mangkuk),
susu cair 1/2 tin,
planta satu sudu,
esen vanilla 1penutup,
telur 4biji,
air kosong 1 mangkuk,


cara nak buat nohhh...

1. Belasah(pukul) planta dengan gula 1/2 mangkuk sampai dia sebati.

2. Kemudian, asingkan sebentar dan pukul telur sampai dia kembang. Oh! Jangan lupa tambah esen vanilla.

3. Campurkan planta yang kembang tadi telur dan gaul sampai sebati (agak2 sampai gula cair la).

4. Tolak tepi kejap bancuhan tadi. Masak gula yang 1 mangkuk punya ke dalam periuk dan masak.

5. Pastikan jangan ada air walau setitik.

6. Masak gula sampai cair and berwarna macam kopi tak bersusu atau keperangan tu.

7. Agak2 dah habis semua gula cair, masukkan air dan kacau sampai menjadi cair. Pastikan banchuan gula tadi tidak pekat k.

8. Ayakkan tepung. Ambil semula bancuhan planta tadi dan selang selikan masuk air gula masak tadi dengan tepung.

9. Kemudian, habis masuk semua bancuhan tadi, jangan lupa nak masukkan susu cair 1/2 tin. Lepastu, kacau lagi sampai lenguh tangan. Hehe.

10. Hah! Tunggu apa lagi? Masak ajela. Macam biasa kalau dalam oven. 40minit aja tau. Suhu macam biasala.

Boleh hubungi Pujangga kalau nak tahu lebih lanjut pasal resipi ni. XD

2 comments:

  1. Cik Nur Izzati : ni pun faveret saya..sedap kalau kena cara buat.. XD

    ReplyDelete

Tengok sini pun Boleh