Pages

cUwEeTnYa AkU...

Life is end if no love in heart. Predict what is unpredictable. Move on Your life. Menda alah ni. Ordinary people who has extraordinary power. KEK3..! Segala caci maki sepak terajang tampaq aku terima kalau aku salah. Sepak balik kalau bukan salah aku. Muhahaha....

Friday 8 June 2012

Menakutkan di Hentian Sg Buloh !

Salam semua. hai..acano korg semua?? haha. ok kan?

Baiklah, aku nak share satu story dengan korang semua. Ni bukan cerita rekaan ok tpi benar-benar berlaku dan berlaku dekt family aku. Tapi nak cerita gitu-gitu ajela. Kalau detail nanti korang seram pulak, lantas tutup blog ni haha.



Ok ni bila nak balik dari kenduri barbeque di kampung aku di Sik, Kedah. So, kitaorg makan kenyang-kenyang haha. Biasalah, balas dendam bila dah tak sakit macam dulu yg membuatkan aku kurus nak mati tu haha.

Memang kelas barbeque sempena maksu and paksu aku balik kg. Biasalah kalaud diaorg kalau balik. Konpem akan buat barbeque haha. Kenyang doee.ekek

Ok kisah ni terungkita bila time nak balik rumah dengan family, mak terbukak cerita masa nk balik and time tu jumpa maksu. Mak cerita tapi time tu aku kat dlam kereta. So aku asyik tny kat mak, apa yg seronok sgt cerita tu, macam seram ja bunyi dia. (aku ni pantang dengar cerita seram2 ni, asyik nak dengar lagi jer. xcited lebih) haha. Then mak kata nnt kita balik. Ok, then aku pun tunggu la sampai balik rumah.

Kat rumah, mak cerita larh. Benda ni jadi bila on the way nak tengok arwah mak andak aku di Melaka. Aku time tu kat Arau sebab esok ada exam intersesi. huhu. Kemudian, family aku rehat kat RnR Sungai Buloh. Malam kan. Tak larat larh nak jalan jejauh sgt.

Then, kat tapak parking tuh ada beberapa kerat kereta je. Masing-masing jauh pulak. Kemudian, semua pakat2 nak tidoq larh. Yelahkan, penat. Tapi something happen. Mak macam separuh sedar nampak bebayang depan dia. Mak cakap mata dia merah, dia tengok ja mak. Kemudian tiba2 dia dtg gigit pinggang mak aku. Mak aku tak leh buat apa. Macam tak tau nak buat apa.

Lama jugak keadaan macam tu sampai mak baca Ayat Al-Kursi. baru dia pergi.

KEBETULAN pulak time tu, abah pun kena jugak. Tapi dia bukan kena gigit! Dia kena tahan. Mata masing2 xleh tidoq. Abah kena tahan tangan tak boleh gerak. Lama gak macam tu.

Mak baca macam-macam time tu sebab takut adik aku kena apa2 ka, sebab dia tidoq kat belakang. Tak sedaq apa! Haha. Lawak pulak. Nasib adik aku tak kena apa2 ka. Risau juga mak time tu. Yalahkan takut jadi benda tak ok ka apa ka kat adik aku tu haru.

"Agaknya depa couple kot." Boleh mak buat lawak tengah2 malam ni. Haha. Mak cakap macm tu sebab dua dua depa mengacau mak dgn abah aku.

Agaknya mak and abah aku parking kat tempat tido depa kot. Lagipun, banyak kali dah dengar cerita orang kena 'usik' kat kawasan tuh. tak banyak org pulakkan. Berani larh dia kacau. Sekian end of my story. By the way, esok dah kena balik Arau.. :'( nk cuti lagi....

2 comments:

  1. dia jelas tgk kebahagian mak dan ayah kau kot!hehe

    ReplyDelete
  2. haha...agak la..kapel kot diaorg tu...

    ReplyDelete

Tengok sini pun Boleh