Pages

cUwEeTnYa AkU...

Life is end if no love in heart. Predict what is unpredictable. Move on Your life. Menda alah ni. Ordinary people who has extraordinary power. KEK3..! Segala caci maki sepak terajang tampaq aku terima kalau aku salah. Sepak balik kalau bukan salah aku. Muhahaha....

Sunday, 15 July 2012

Movie Melayu dah semakin melampau?

Ha! Korang dah tengok ke cerita or movie Melayu sekarang? Ada banyak syok ka? Best tak? Kalau best try la recommend kat saya. Hehe. So, ce komen sikit citer melayu sekarang. Ada bagus? Memberi impak yang positif tak? Ke bagi idea yang mantop untuk korang semua mencuba something yang baru?


Oklah, setelah mendapat cerita yang baru ni, barulah aku tengok. Tapi sebelum tengok, aku dapatkan dulu review filem-filem melayu yang tengah hangat sekarang ni macam mana, baru aku tengok. Walaupun filem dia tak best sangat. Haha. Fakta k. Agak2, aku kena banned tak lepas ni?

Aku post ni bukannya apa, tapi sebenarnya filem melayu sekarang dah melampau. Dah tak ada tapis-tapis lagi dah. Segela penapis habis kena jual gamaknya. Perlu ke adegan yang hangat lagi meletup bak api neraka tu di pertontonkan? Perlu ke? Apa motif? Nak cari publisiti?

Aku rasa tak perlu kot. Yelah, publisiti bukan pada adegan sepatutnya, tapi sejauh mana pihak penerbit mempromosikan filem tersebut. Bukan pada adegan yang lucah sana lucah sini di pertontonkan. Pulak tu sangat hangat. Dah macam tak ada maruah artis sekarang ni aku tengok. Agak-agak suami or isteri korang, tak ke rasa rugi bila dpt korang? Dah kena bagai.

Perlu ke adegan sebegini? Boleh merosakkan pemikiran tau tak?
Mana pihak yang sepatutnya buat penapisan? Mana? Dah hilang dibawak arus kelucahan ke?

Apa motif korang sebenarnya korang tunjuk aksi-aksi hot berdentum bagai ni? Nak tunjuk yang korang tu open minded? Nak tunjukkan skrg dah tak kolot? Dah bagi teladan? Apa jadah semua tu? Alasan tu budak sekolah punya jawapan weh.. Mohon pihak yang perlu buat penapisan tu berfungsi balik.

Nak tunjuk teladan konon. Tunjuk idea nak buat aksi menarik boleh lah. Itu kalau budak-budak tengok tak ke bahaya. Budak-budak sekarang sudah lah suka cuba aksi baru. Kalau dilihatnya budak-budak tak ke diaorg nak cuba. Cuba fikir balik si pembuat filem dan pihak-pihak yang wajib tapis movie sekarang. Nak tengok pun xder selera la weh (padahal baru lepas tengok cerita Jiwa Taiko. habis pulak aku tontotn..hehe )

saja tunjuk aksi ni. Kenapa? Tak boleh? Suruh pihak berwajib tapis dulu movie skrg baru aku buang. Korang kan ok je dedah sana dedah sini body tu. Mantop kan!

Masa korang buat movie tu, ada tak korang fikir baik buruk dia? Ada tak?

Rasanya tak ada kot. Kalau  fikir, aku rasa mesti korang tak buat filem macam tu. Apa alasan korang? Pendedahan awal supaya budak-budak tidak berasa pelik? Motif..!

Itu sebenarnya mengajak lagi ke arah itu adalah. Cuba fikir balik weh. Cakap jangan pakai pankreas. Guna akal ok?!

Aku bercakap ni bukan melalui cerita Jiwa Taiko saja tapi menyeluruh. Sama larh juga dengan artis tu pun. Kemain ha tunjuk tetek bagai kat media massa. Ingat lawa ke? Buruk tahu. Yang kata lawa tu semua buta mata hati.

Apa lagi alasan korang ha? Pulak tu ada movie kedua yng bawak pulak ke arah kebaikan setelah movie pertama tunjuk keburukan. Yang tu maybe lar boleh terima kot. Entah. Aku sendiri pun tak pasti sangat.

ada juga la aksi2 yg tunjuk skill main ehem2..

Boleh rosak pemikiran anak-anak muda sekarang. Sebab? Setelah tengok movie yang ada adegan melampau macam tu, mulalah anak muda tak tahan berahi. Boleh pulak lepas tu cari port nak buat projek. Dengan kekasih pulak tu. Bukan isteri woi...Tapi KEKASIH! apa nak jadi lah skarang ni. Sudahlah menjadi pengaruh penting media massa sekarang ni.

Oklah. setelah di buat tinjauan. ada yng mendapati

dah mula tak ada kualiti.tmbh2 yg metro***lth punya filem
erm..mcm x dak apa sgt...sama ja story line...x dak pembaharuan
mmg nampak sgt kemelayuan..
movie melayu paling terbaik yang gua layan adalah cerita P Ramlee, CINTA, dan Sepi. sumpah world class
komen dari abby abadi :

Allahuakbar! Sy pun tertgk teaser film yg dmaksudkan. Mmg makin kterlaluan, sbb katanya mnta masyarakat lebih tbuka..

 So, paling aku suka yg sarcasm tu. Memang betul. Sudah hilang kemelayuan dalam filem melayu sekarang. Hanya ada keAmerikaan saja sekarang ni. Semua nak dedah body yang bajet tip top tu. Please la wehhh...

Dah hilang adat ka? Ke dah lupa asal usul?

Mohon ya pihak yang bertanggungjawab, sila pastikan filem Melayu tidak rosakkan anak muda sekarang. Cukuplah filem luar negara yang dah nak rosakkan pemikiran anak muda, jangan ditambah lagi.

Bukannya dosa pun kalau filem tu tak menjadi pasaran antarabangsa. Boleh kan kalau tonjolkan filem berkonsepkan Islamik. Boleh ja filem dari Mesir kot (tak sure sangat) menjadi hangat atau mendapat pasaran antarabangsa. Bukannya tak boleh. Sudah tu, banyak pulak konsep-konsep Islam yang ditonjol kan.

Ini filem yang tunjuk kita pulak serang Israel. Asyik diaorg je serang kita, kali ni kita lak serang diaorg. Bagus cerita ni.. The Valley Of Wolves Palestine.


 Okeylah kot setakat ni saja rasa tak puas hati aku serta housemate ku yang lain. Macam-macam yang kitaorg bincangkan kat kedai belakang tadi. hAHA. Lapar pulak tiba2...Sekiam, wassalam....


p/s : Moga2 lepas ni artis yang pergi Umrah balik Malaysia dah tak seksi dan segala bagai...Aminnn...

8 comments:

  1. Filem Melayu? hmm :/ Honestly aku ckp, kalau aku nak p tengok muvee, mmg aku takkan pilih pun muvee melayu. Bukan nak merendahkan bangsa sendiri.but, that's fact. Filem Melayu kita lanie dh makin teruk. Depa just guna aksi aksi panas utk tarik perhatian org and i was like, hoi. dah xdak idea ka? kalau nak buat filem mcm tu, label siap siap, 'FILEM BLUE'. senang. LOL

    ReplyDelete
  2. mana ada lembaga penapisan filem sekarang, dah mansuh la..tahun lepas kot kalau tak salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yaka? susah lah macam tu kalau tiada lembaga penapisan filem..mudah untuk pembut filem buat filem sesuka hati..dan bagaimana dengan FINAS? boleh beri komen? terima kasih :)

      Delete
  3. valley of the wolves tu filem turki bukan mesir

    ReplyDelete
    Replies
    1. non : Terima kasih kerana menegur. Sebenarnya just untuk view filem perihl Islam.bukan filem yg saya maksud dari Mesir tu filem the valley of the wolves. btw thx kerana menegur :D

      Delete
  4. Baguih la hang support filem melayu macam tu.... hahaha duk kutuk2 (tapi support jugak :P)

    Aku kalau nak tgk Filem Melayu @ Cinema pilih2 yg berkualiti je... e.g. PGL, SEPI,

    ReplyDelete
  5. ak serius x lyan movie mlayu yg la ni..hram x npk mesej ap yg depa nk smpai kn..tgk PRamlee pnya movie lg bez lh

    ReplyDelete
  6. Keep this going please, great job!

    Here is my blog: HCG

    ReplyDelete

Tengok sini pun Boleh