Pages

cUwEeTnYa AkU...

Life is end if no love in heart. Predict what is unpredictable. Move on Your life. Menda alah ni. Ordinary people who has extraordinary power. KEK3..! Segala caci maki sepak terajang tampaq aku terima kalau aku salah. Sepak balik kalau bukan salah aku. Muhahaha....

Friday 15 June 2012

Tutorial | Macam mana nak check kesihatan battery laptop ?

Salam.

Entry sebelum ni aku ada post pasal kesihatan battery aku or capacity battery. So, macam mana aku check? Mesti korang nak tahu jugakkan? So, korang bukak CMD atau Command Prompt. Kalau nak tau kat mana CMD tu, korang tekan button Start pastu search perkataan 'cmd'.

First sekali korang taip perkataan ni lepas korang dah bukak cmd <-----powercgf -energy--->

CLICK gmbar kalau nak kasi besar lagi itu punya gambar nohhh....

Kemudian tggu seminit then benda tu akan setel....

Kat mana nak view report?

Itu takder masalah. Korang just tgk dekat cmd tu and cari kat mana dia save report tuh...setel! HEhehe...


Then korang scroll report yang berbentuk html tu, sampai tgk kat capacity...

contoh macam kat bawah ni..hehe


Thursday 14 June 2012

Battery dah nak lingkup ! Macam mana check? Jom tgk

Salam.

Okeylah korang semua hari ni just nak share pasal battery laptop. Sah2 korang semua ada laptop kan? At least pernahlah ada kan? Hehe. Korang tau tak sebenarnya battery kita akan jadi kurang capacity iaitu byk mana boleh kita cas?



Makin lama korang suka cas battery time bukak laptop, makin cepat battery korang rosak. So, kalau nak bagi battery tahan lama, jangan cas battery time korang guna laptop. Atau pun buang battery time korang nak guna laptop. So, jimat lah duit korang nak kena beli battery baru kalau dah kembang or rosak.

Mahal kot wehh.. Aku punya dulu pun dekat RM200 jugak la. Berpinau bijik mata tgk duit terbang kat kedai Cina tepi stesen bas Kangar tu wehh. Dengan duit tu boleh beli makan untuk 2minggu sepanjang kat UiTM Arau ni.


Inilah aku punya history setelah menggunakan battery ori yg kedua selepas berlakunya evolusi battery aku terdahulu yang telah memberanakkan battery baru. Lepas ni tak tau lah bila pulak battery aku nak beranak anak kedua pulak.

So, marilah sama2 kita jaga battery agar tak kehilangan duit anda dengan begitu banyak nya. Melainkan anda begitu kaya..haha...

Konklusinya(dah macam budak SPM), korang jangan cas battery time nak guna laptop. Supaya tak cepat rosak battery. heheeeee..

MOHON reramai komen and like story ni hehe...lepas ni nk update macam mana nak check battery anda...

Tuesday 12 June 2012

VIPRE Internet Security 2012 !

Salam. post ni saja aku nak promosikan antivirus yang rakan aku jual. So, korang kalau nak apa-apa boleh hubungi beliau. Baiklah Vipre ni adalah antivirus dibawa ke Malaysia. So, korang kalau rakyat Malaysia, suppport la product Malaysia.



Ok, aku just nak review apa yang patut pasal antivirus ni. So far, apa yang aku tahu, antivirus ni tak melambatkan pc or laptop korang seperti certain2 antivirus tu. Yalahkan, korang kalau boleh nak aje kan software yang tak slowkan pc or laptop korang. Selagi boleh sumbat software yang tak memberatkan pc, selagi tu korang akan sumbat tak kiralah open source of close source. haha. Jangan nak tapi k.

Ok, selain itu Vipre juga adalah produk yang baik dalam detect, blocking, dan remove virus.

For its excellent virus protection, industrial strength firewall, and best-of-class technical support, VIPRE Internet Security 2012 earns our Editor's Choice for best Internet Security Suite of 2012. (Sumber, pcantivirusreview )
Kalau korang nk tahu, lesen dia adalah dia bagi 3tahun, tapi 1 user ajela. kira berbaloi larh tu. Lagi pulak Vipre adalah editor choice di pcscanreview.

Okey, kalau korang nk harga yang murah boleh hubungi, Mohammad Shazwan Mohd Saad ....

Friday 8 June 2012

Menakutkan di Hentian Sg Buloh !

Salam semua. hai..acano korg semua?? haha. ok kan?

Baiklah, aku nak share satu story dengan korang semua. Ni bukan cerita rekaan ok tpi benar-benar berlaku dan berlaku dekt family aku. Tapi nak cerita gitu-gitu ajela. Kalau detail nanti korang seram pulak, lantas tutup blog ni haha.



Ok ni bila nak balik dari kenduri barbeque di kampung aku di Sik, Kedah. So, kitaorg makan kenyang-kenyang haha. Biasalah, balas dendam bila dah tak sakit macam dulu yg membuatkan aku kurus nak mati tu haha.

Memang kelas barbeque sempena maksu and paksu aku balik kg. Biasalah kalaud diaorg kalau balik. Konpem akan buat barbeque haha. Kenyang doee.ekek

Ok kisah ni terungkita bila time nak balik rumah dengan family, mak terbukak cerita masa nk balik and time tu jumpa maksu. Mak cerita tapi time tu aku kat dlam kereta. So aku asyik tny kat mak, apa yg seronok sgt cerita tu, macam seram ja bunyi dia. (aku ni pantang dengar cerita seram2 ni, asyik nak dengar lagi jer. xcited lebih) haha. Then mak kata nnt kita balik. Ok, then aku pun tunggu la sampai balik rumah.

Kat rumah, mak cerita larh. Benda ni jadi bila on the way nak tengok arwah mak andak aku di Melaka. Aku time tu kat Arau sebab esok ada exam intersesi. huhu. Kemudian, family aku rehat kat RnR Sungai Buloh. Malam kan. Tak larat larh nak jalan jejauh sgt.

Then, kat tapak parking tuh ada beberapa kerat kereta je. Masing-masing jauh pulak. Kemudian, semua pakat2 nak tidoq larh. Yelahkan, penat. Tapi something happen. Mak macam separuh sedar nampak bebayang depan dia. Mak cakap mata dia merah, dia tengok ja mak. Kemudian tiba2 dia dtg gigit pinggang mak aku. Mak aku tak leh buat apa. Macam tak tau nak buat apa.

Lama jugak keadaan macam tu sampai mak baca Ayat Al-Kursi. baru dia pergi.

KEBETULAN pulak time tu, abah pun kena jugak. Tapi dia bukan kena gigit! Dia kena tahan. Mata masing2 xleh tidoq. Abah kena tahan tangan tak boleh gerak. Lama gak macam tu.

Mak baca macam-macam time tu sebab takut adik aku kena apa2 ka, sebab dia tidoq kat belakang. Tak sedaq apa! Haha. Lawak pulak. Nasib adik aku tak kena apa2 ka. Risau juga mak time tu. Yalahkan takut jadi benda tak ok ka apa ka kat adik aku tu haru.

"Agaknya depa couple kot." Boleh mak buat lawak tengah2 malam ni. Haha. Mak cakap macm tu sebab dua dua depa mengacau mak dgn abah aku.

Agaknya mak and abah aku parking kat tempat tido depa kot. Lagipun, banyak kali dah dengar cerita orang kena 'usik' kat kawasan tuh. tak banyak org pulakkan. Berani larh dia kacau. Sekian end of my story. By the way, esok dah kena balik Arau.. :'( nk cuti lagi....

Firefox 13 telah dilancarkan !

salam semuanya. sihat? hehe. Mesti sihatkan. Oklah, malas nk celoteh merepak panjang. Aku nak cerita seketika pasal Firefox 13 yang telah dilancarkan baru2 ini. Setelah diguna pakai, Firefox 13 ni memang pantas apa yg diperkotak katikkan oleh org ramai. Ia turu membawa beberapa fungsi baru di dalamnya. Pakej kot!






Apa yang perlu di beri perhatian adalah di mana bila korang nak bukak tab baru, ia akan memaparkan thumbnail beberapa laman kegemaran anda. Jadi tak perlu larh anda bersusah payah nak bukak history nak tgk kembali halaman tersebut. Hanya bukak tab baru dan segala laman kegemran anda akan terpapar. Hehe. Mudah kan?





Dah macam Mac pun ada tapi lagi cantik la. Haha. Firefox 13 ni juga dikatakan merupakan antara pelayar terpantas. Klik saja ikon, beberapa saat kemudian akan keluar lah.



Kemudian, kalau korang perasan, bila anda scroll mana2 page yang anda bukak, ia akan scroll dengan smooth. tiada sekat2 macam Firefox sebelum ni. Smoothnya memang cantik. Jadi, cubalah yang baru ni.

Bagi yang meminati Firefox 13 dan ingin download, boleh ke sini.. Klik you olllsss


Thursday 7 June 2012

Jumpa balik kawan-kawan lama ! XD

Salam semua. ARghhhh!! sangat best weh..yelahkan, lama tak jumpa kawan-kawan sewaktu sekolah dulu. Haha. terimbau balik time sekolah dulu. Banyak kenangan woohh..Yalah kan! Zaman main2 tarik hidung. Eh? haha. apa2 ajelah. Tapi serius best weh..! Tak tau nak gambarkan macam mana. Even banyak yg dah lain2 tempat beljar, tpi masih lagi gila2 macam dulu. Tak lupa masih mengutuk depan2 macam dulu. Haha.



Bila diimbau kembali zaman sekolah dulu, memang banyak suka duka dia. Tapi bila ingat balik sekarng, zaman suka lagi banyak! Memang mengamit memori sgt2. haha. Teringat balik macam mana zaman sekolah dulu, yg kena ligan dgn cikgu sebab kes ponteng! Haha. Kelas kau jahh.. Haha.

Tapi tu dulu, skrg masing2 dah besar. Dah boleh fikir sendiri. Tapi seriusly sgt mengujakan kalau ada org tny nak balik ke zaman sekolah tak? Opkos laaa...! Sapa tak mau! Zaman comel tu haha. Tapi zaman sekolah menengahlah paling best aku rasa. haha. Sebab cikgu pun sporting2 semua time tu. Haha.

So, korang macam mana zaman sekolah? Ada story? Meh la share.. XD


Tuesday 5 June 2012

Maghi cakap Kedah nohh !

ok...lepas bebrapa minit lepas post pasai adegan kasih kekasih tu, aku nak post pulak pasai negeri kelahiran aku, iaitu Kedah. Owh sayang Kedah. KEDAH DI HATIKU..haha



btw ramai yang nak belajr sebenarnya bhs Kedah ni. yalahkan, ada yg aku pernah dgr, bhs Kedah ni lembut. hampa biaq betoi weh. bhasa Kedah ni kasaq tau dak? haha. tudia aih. ada yang kata tak paham lasong bila dengaq org ckp Kedah haha. biasalah tu. tpi kalau dah selalu dengar nnt, xdak masalah la. and lawak gila kalau org bukan Kedah try ckp Kedah haha. macam pelik bunyi dia. tu yg kmi suka kalau org luaq terutama kot belah2 KL nuh cakp Kedah.


ni map Kedah. aku dok kat Sik. hehehe

tpi hampa semua belum dengaq lagi yg betoi2 pekat atau pun yg memang dari hulu. contohnya macam aku. cumanya kalau kat tmpt len kena la ckp Kl. satg ada jugak dok "haa? ha?" dok tak paham2 apa aq ckp. ckap dia memang pekat kot. haha..btw kalau hampa semua nak belajaq, ni ada ayat2 Kedah aku boh.

1. Qhe-ngau = cakar
2. Se-qheyat = reda/ surut
3. Hambat = kejar
... 4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati
5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa
6. Ligan = kejar
7. Cemuih = bosan/jemu
8. Tokak = gigit besar
9. Gey-qhek = basikal
10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)
11. Belemoih = comot/ kotor
12. Tetomoih = tersungkor
13. Ku-tey = cubit
14. Tak dan = tak sempat
15. Hebiaq = celupar
16. Maneh melecaih = tersangat manis
17. Lencun = basah
18. Lokoih = basah kuyup
19. Kawaq = pencuri
20. Kanyaq = mentah (berhingus)
21. Ketegaq = degil
22. He-qhot petot = senget benget
23. Me-qhela = gatal
24. Log laq = cemekap/ cuai
25. Hawing = pusing
26. Punggai = baling/ lempar
27. Tengalong = tuju/ baling
28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah
29. Ayaq achaq = air longkang
30 .Ha-qhin = hancing
31. Kelepiaq = melibas
32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat jokes
33. Hemoi = "muka tak malu"
34. Me-qhe-nyeh = menggatal
35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau
36. Hapak pera'e = bau hapak
37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau"
38. Celuih = muat
39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau
40. Me-qhe-yup = jauh/ sayup / nak malam
41. Qhem-pang = "tergedik-gedik"
42. Kampoi = kumpul/ kaut
43. Je-qhang = rebus
44. Capoi = celupar
45. Te-qhe-bey = lastik
46. Melo-qhoih = lucut/ gelongsor
47. Me-qho-not = membongkok
48. Sene-qheh = selisih
49. Be-qha-chaq = comot/ kotor
50. Qhembang = gemuk / merembang
51. Pedo = hati-hati
52. Peqhusah = urus
53. Hapuih = tenggelam (lemas)
54. Qhan-dok = redah
55. Se-ghoh = kebah/ kurus
56. Qhen-jong = tinggi lampai
57. Pe-qho-ngoih = panas baran
58. Takek = ketuk/potong
59 Be-qhemba = bersaing/ lumba
60. Qhe-tiaq = ikhtiar/ fikir
61. Ge-qhet = gigit
62. Tahaq = tahan
63. Qha-gaih = panjat
64. Melewaq = merayau
65. Melahaq = kebulur
66. Qha-bat. = naik/panjat
67. Qhim-bok = belasah
68. Mengkelai = berkelahi
69. Cuak = seram / tak sedap hati
70. Juih = mulut muncung
71. Melilau = terhoyong hayang / berjalan-jalan
72. Qhodong = melulu
73. Qhedah = redah
74. Ayaq seqhebat = air sirap
75. Peqhasat = sangat dengki
76. Mandom = lembap / lambat
77. Ceqhoi = sangat cair / lekeh ( untuk anak muda )
78. Tepok = lumpuh / tampar
79. Qha-bit = terkoyak / pecah ( untuk kaca )
80. Kok-ko = dukung
81. Mai = mari
82. Terple'ot = terseliuh
83. Gomoi = bergaduh/ bergusti
84. Ketit = cubit / kena gigit serangga
85. Ga-qhet = gatal/ mengada-ada khas utk pompuan
86. Nala = tersangat / besar
87. Mang-kark = buah tak masak / perangai tak elok
88. Bergenuak = berduyun- duyun / ramai
89. Pediah = habuan
90. Polok = makan penuh mulut
91. Tey-liang = senget / memandang dgn pandangan sisi
92. Qhe-ling = jeling
93. Peng-kaq = kaki tempang
94. Me-qhe-nyut = serabut ( cacing @ semut )
95. Kesot = alih mengesot
96. Lanyau = bersihkan / sejenis binatang kecil
97. Cempong = angkat/ dukung
98. Lekaq = lapik periuk dibuat dari lidi
99. Conek = ekor
100. Depa = mereka
101. Qha-let = leka/cuai
102. Cey-mey = Mata bengkak dek kena pukul / free
103. Bakup = mata layu / mata bengkak
104. Katok = ketuk/pukul
105. Buah ce-qhe-mai = buah cermai
106. Buah qhe-yang-dot = buah keriang besar kat kampung2 dikedah!
107. Ikan ka-qhen. = ikan laga
108. Bijik qhe-mia = warna keunguan
109. Ikan temenung = ikan kembong
110. Sendai = ketatkan/ kemaskan / selak/lapet
111. Ketuat = kutil
112. Mengacom = mengadu
113. Mengkelan = tersangkut makanan
114. Kueh danga = kueh dari kelapa parut, gula dan dibakar
115. Kueh ka-qhas = kueh macam "bihun" / karas
116. Mot = bawak/ muat / bonceng
117. En-jos = exzos
118. Pedai ayam = kunci mangga/padlock
119. Pre-went = sprocket/ freewheel
120. Pe-diaq = rasa macam "colgate" / rasa durian yg tak manis
121. To-qheh = turis/ calar
122. Tungging buyung = "somersault"
123. Ponen = pondan/lembut, waria
124. Kesot = Injak / mengesot
125. Qhamaih = Ramas
126. Boroi = Berperut buncit
127. Kedeqhat = Kudrat
128. Biaq = Biar
129. Qhabat = Panjat
130. Ragaih = Panjat
131. Ghamei = Suka/gembira
132. Terebey = Lastik
133. Keciwi / ciwi = Belagak dgn barang baru beli / syok sendiri
134. Belengaih = Kotor
135. Contiang = Lukis
136. Mengkala = Kalau / seandainya
137. Katik / kemetot = Kecik / kiut miut
138. Celapak = Terkam / lompat
139. Se-gheyau = Takut- takut
140. Mengketedarah = Makan / makan dgn banyak
141. Melahaq = Lapar /Makan
142. Hampa = Mereka / kamu / awak
143. Depa = Mereka
144. Merenyam = Gatal (playgirl)
145. Tak dan = Tak sempat
146. Nyeh = Buang hingus
147. Ghe-nyeh = Senyum nampak gigi ( senyum kambing )
148. Singkiaq = Singkir
149. Keleboq = Selut hitam

Jangan hilang pertimbangan dalam ber'couple' atau lepas putus !

Salam semua, ok. just nak story mory sikit dekat sini. JANGAN HILANG PERTIMBANGAN DALAM BER'COUPLE' ATAU LEPAS PUTUS !

bukan apa. pernah dengar kan pasal Edward Martin Jesus tu? yelah. dah putus pun masih nak tergila-gilakan org tu. dah dia xnak, buat apa lagi? blah lah dari situ. banyak lagi kumbang or bunga kat dunia. susah2 sgt ambil yg betul betul kumbang. senang! bela yang tu lagi senang! pulak tu nak ugut bunuh diri. jangan nak murtad sgtlah oi. Allah masih ada. org lagu tu elok p tolong sekeh-sekeh kepala ja. baru nak sedaq kot.

ini antra ayat kawan yg aku suka..haha

Kenapa mesti mengagungkan cinta manusia lebih dari cinta kepada Allah?Ingat lah hati manusia sentiasa berubah-unah tetapi tidak bagi Allah.Cinta Allah lebih kekal kerana Allah Maha Kekal,Allah Maha Penyayang,Allah Maha Pengasih.Jika putus cinta usah menagih kembali cinta yang sudah putus.Ini semua ujian dari Allah supaya hati kita bersih dari dosa-dosa dan sentiasa mengingati Allah 24/7.Semoga diterima hidayah dari Allah.=] Peace No War

kalau dah putus tu, better jalinkan hubungan kawan saja. memang nampak macam susah tpi cubalah. sebab tak elok memutuskan silaturahim. walaupun bukan lagi kekasih kita, dia juga manusia yg kita kenali. anggap saja kawan. dan kalau dah putus tu, bermakna tiada jodoh sebagai kekasih or teman hidup anda yg pnjg.



Allah bagi kejap saja. tapi kawan kekal lama tau. dah pompuan tu xnak, buat apa lagi diganggu hidupnya. biarkan dia. cari yg lain. tak pun suruh je mak ayah cari yg lain. senang. lagi berkat hidup.



jyang sudah tu sudahlah. bukan bermakna gagal dlm perhubungan, esok lusa kita dah mati. itu hanya sementara ja. nanti akan ada hubungan kekal yg menanti kita. sudah2 lah tu ya.

jodoh pertemuan di tangan Tuhan. kita mampu merancang. kalau nak lagi sennag, serah kan ja soal jodoh kat Allah. Dia tahu apa yg terbaik buat kita.


.anggap semua ini ujian dari Allah untuk membersihkan dosa2 yang pernah kita buat.btw,bukan semua benda yang kita nak,kita akan dapat.Allah sudah aturkan.may be hang pasnie jumpa orang yang lebih baik,solehah dan cantik dari dia. ada satu ayat al-quran yg mengatakan 'apakah manusia itu mengira yg mereka dibiarkan mengatakan,'kami sudah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji?Sesungguhnya Kami sudah menguji orang2 yg sebelum mereka,sesungguhnya Allah mengetahui org yg benar dan org yg dusta.' (surah al-ankabut,ayat 2-3). Ye lah,kalau manusia diganggu,diugut maka mereka akan rasa terancam jadi bahasa yang kurang sopan tue lah yg akan keluar untk mempertahankan diri mereka.Kami juga manusia yg mempunyai had kesabaran juga..Kenapa mesti terlalu mengagungkan cinta manusia sedangkan cinta kepada manusia tidak pernah kekal?Lebih baik banyakkan bermuhasabah diri dan mendekatkan diri.Mungkin ujian ini sebagai peringatan dari Allah supaya kita selalu ingat 24/7 Allah sepanjang masa.Cinta kepada Allah lebih kekal dari cinta manusia.Think positive dan henti menganggu orang lain.TQ =] peace no war

lagi pulak, kita sama2lah muhasabah diri. jangan nak ikut telujuk syaitan sgt suruh dok ganggu hidup org lain. nanti kena kat anak cucu kita baru tau. hampa jangan dok buat loqlak noh. satg kena kat batang hidup sendiri baru hampa tau, langit tu tinggi ka rendah. jangan dok buat perit sgt dok bercinta. tunggu ja lepas kahwin kalau nk lagi syok bercinta. sah2 yg tu cinta halal. nak buat lebih dari tu pun boleh aih.

haha...almaklum larh aq pun pernah kena curang jugak walaupun aku masih 'boyfriend-to-be' tpi belum jadi dah kena kantoi dgn aku. haha... tapi sekrg kita jadi kawan tau. haha. hari tu siap jumpa lagi. relaks ja bersembang nak rak. apa susah. kawan saja. bukannya suruh p bersunat ka apa ka...

akhir kata, semoga kita hidup bahagia dan diberkati. jangan ganggu hidup org lain noh. kita buat kerja kita ja. sempoiiii..haha :D

internet cari pasal !

ok sebenarnya saja ja nk post. tengah geram dengan internet di pekan sik. whoih! xder ke sesapa yang ada internet 4mb kat rumah dia? aku nak download ni, tolong lah bagi ada. aku penat dok tunggu berjam2 nak tengok satu-satu cerita tu. sekrang dah habis tengok rooftop prince. ok! ceritanya sangat best! bagi aku la. kat korang tu, ikut suka hati korang larh. ada aku kisah? haha.



btw, sekrang nk tgk cerit the king 2heart. omg! macam best tapi aku agak kurang sikit kalau cerita nak lawan2 yg tembak2 ni. bukan apa. buat stress kepala weh. haha. tambah2 kalau ada jahat yg melampau sgt aksi dia. stress aku. haha.


berbalik kepada internet, kalau nk donload kat rumah memang makan masa. naik stress aku dibuatnya. lepas tu nk try donload kat library kg aku. lagi larh! slow nak mati...! nak bukak page pun dah berpuluh saat! stress woitt..!! kalau larh umah aku tuh 4mb.. memang syok erhh..hhahah..

tapi apakan daya. belum ada. last2 aku bawak keta pergi esso! tapi lebih kurang ja. sakit hati jugak. haha. sebab? nak bukak facebook, twitter ok ja. bila nk donload masalah! slow gila.! kalau bukak youtube, kemain dia laju nak mati. so akhir kata. tgk larh muka aku yang bohsan nak mati ni. pening wehh! dok cari port terbaik nak donload! haishh


so sgt boring bila tenet slow! xsukaa!! nak 4mb or unifi 20mb..!! chayok2...haha


Monday 4 June 2012

Samsung Galaxy Note idamanku !

Salam. jumpa lagi kita. erm pujangga just nk share sumthing. yo yo o je ayat haha.

sebenarnya kan, pujangga dah jatuh hati dengan galaxy note. bebeh! suka pulak benda alah tuh. tak tahu kenapa, tapi pujangga suka benda2 yg touch2 ni haha. bukan tacing a.k.a sentap ni. tapi betei2 dah suka. yelahkan mantop kan. alah lagi pun bukan apa, sejak tengok cerita korea rooftop prince ni, pujangga dah suka sgt. lagpun sekrg tegh kumpul duit nak beli telefon kamera yg canggih seyhhh..haha


owh galaxy note ku. bila mau kapan jadi milik ku.

nak ceritalarh kan. hari sabtu lepas pujangga pergi court mammoth nak tgk harga note ni, lepas tu, kalau boleh nak buat yg hutang2 nya tuh. kalau tunggu setel kumpul duit, memang sempt larh pujangga tamat study and xsempt nk tunjuk kat rakan2 haha. lawak je k. gpun dah tengah gila sgt nih! siang malam dok berangan dengan note tu ha.

dengan awek pun xsempt rasanya nk bermesra (macam ada) haha.

lagipun dia boleh berblogging, tu antr featured yg pujangga suka. and byk kerja boleh dilakukan dengan menda alah ni. antrnya video editing. alah, gpun kan pernah pujangga post pasal adroid ni. haha. si fhm2 la yewww..

haih....tolng la doakan pujangga dpt.

berbalik kisah court tuh, pujangga pergi tgk then dia ckp kalau nk kena ada payslip. mana pujangga nak ada payslip kalau dah diri sendiri pun xkerja lagi. haishh. nak pinjam yang mak, mesti xbagi punyalah. konpem2 xnak. fhm sgt dah mak pujangga tuh. haha

alah nk pinjam payslip sapa ni..tolong la bagi..plezzzzz....

Kerja di Gerai Waffle !

Salam semua. saja lama tak update blog. haha. alah bukan apa sangat. Pujangga pun bukannya artis pun nak update retis2 ni haha. btw dah berapa hari kerja sebagai penjual waffle. sajalah. walaupun hanya untuk beberapa hari. lagipun kesian jiran yg terpaksa berniaga walaupun penat nak kejar sana kejar sini bagi ceramah. hehe. pernah satu hari tu, pujangga nampk dia kena cover dua kedai sekli gus. kesian pulak tengok, so pujangga pun offer la nk tolong. haha.

and dia pun kasi la. rezekikan. orang nk tolong. jangan ditolak. haha. erm lagi pun boleh up sikit duit dlm bank tuh..dah lama berkepuk weh. bila entah mau naik itu punya wang maa. tggu aje nk naik duit tu. haha. tapi xtau larh bila. hrp2 la naik...so saja je ckp ni. banyak pengalaman ni tapi tdi petang macam xberapa org ramai sgt nk dtg beli.

yalahkan, maybe sebb malam ni ada pasar dia area tu, so org x singgh sgt. lagipun diaorg mesti nak ke pasar malam nye lah. haha. disebabkan xramai org yg dtg beli, so habis sebiji buku sempat pujangga habiskan haha. ok dokies

takat ni je kot nk celoteh pasal ni. eh lupa. jangan lupa singgah kedai waffle pujangga di pekan sik kedah ye. meh dtg meh dtg. hehe. sedap wooo

Macam mana nak berjaya!

Usaha, doa, tawakal..setel masalah!

Tengok sini pun Boleh