"Confirm?"
"Yup!"
"Sure?" Ditanya lagi.
"Double yup." Jawabnya bersama anggukan yang penuh yakin.
"Yakin?"
"Kau
nak aku tendang kau sampai tergolek-golek ke?" Penat menjawab! Dah
berapa kali diulang jawapan yang bebeza tapi maksud yang sama, tapi
masih lagi bertanya. Siapa yang tak geram? Baby yang baru lahir seminggu pun geram kalau disuruh berjalan dah. Haish...
Rakan
disebelah dijeling habis. Megat ketawa kecil sambil menoleh memandang
Hadzril sudah geram. Dijeling sekali lagi Megat disebelah.
"Gelak gelak! Suka aje kau ek?" Hadzril mencebik. Geram dengan gelagat Megat yang asyik ketawa dari tadi.
"Mana ada. Okeylah. Ikut kau lah. Aku on jer." Dia sudah kurangkan ketawa kudanya itu.
Hadzril
sudah bangun bersama kertas di tangan. Baru separuh badannya bangun,
terbeliak matanya! Teringat sesuatu! Megat memandang pelik!
"Asal kau?"
"Akak aku!"
"Hah! Kenapa dengan dia? Sembelit ke?" Lepas itu, dia ketawa dengan katanya sendiri.
Hadzril
menggaru-garu kepala sambil buat muka sepuluh sen. "Matilah aku..."
meleret sahaja suaranya. "Kenapa?" buat sekian kalinya Megat bertanya.
Wajahnya sedikit menampakkan kerutan didahi. Dia pulak yang tolong
berfikir untuk Hadzril yang macam dah terberak buah durian.
"Haish! Kau ni...Aku tanya ni, kenapa dengan kakak kau?!" Sedikit meninggi suara macho Megat. Geramlah tuuu....
"Kakak! Aku lupa ambil dia dekat pejabat! Mampus aku..!! Arghhh..!!"
"Ok!
Aku terpaksa bersetuju dengan kau...kau bakal..." Hadzril terhenti
menjerit lalu memandang Megat. Menantikan ayat yang bakal Megat
keluarkan.
"Mampus..." Perlahan saja suaranya. Hadzril tunjuk muka kesian.
Kesian
pulak Megat tengok. 'Kalau la aku ni banyak idea jahat,' fikir Megat
sambil mengeluh. Hadzril menoleh memandang Megat yang tertunduk. 'Asal
pulak dia ni? Mengeluh tiba tiba. Aku yang ada masalah dia yang lebih
lebih,' bisik hati Hadzril.
"Kau ni asal? Abang Yem kau dah
tinggalkan kau ke?" Abang Yem merujuk kepada kucing Megat yang ditatang
macam anak sendiri. Saja dipanggil Abang Yem sebab Megat minat betul
dengan video itu.
"Hahaha..." terus Megat melepaskan ledakan
ketawa lambak dia. Dipegang perut menahan sakit sebab gelak. Ada juga
manusia yang macam tu ek?
Terangkat kening kiri Hadzril. "Tak ada ape, tak ada ape. Aku gelak
sebab tiba-tiba teringat video tu. Hahaha...." disambung kembali
ketawanya.
Tidak lama kemudian, Hadzril juga turut ikut ketawa.
"Gila ah! Tapikan video lagi satu lagi best, alah video yang Gelimat
tuhhh..! Haha...kucing kacang batik, Muthu kata lentik!" Ah, sudah lari
topik sudah mereka.
"Eh! Kau ni tunggu apa lagi? Pergi ajelah cepat jemput kakak kau! Lagi lambat berdouble
kakak kau marah lagi nanti. Dah! Gerak sekarang!" terus mati tawa
Hadzril. Dipandang lambat-lambat Megat disebelah. "Bangunlah!" sergah
Megat sekali lagi.
Kalut-kalut Hadzril bangun. Kemudian teru laju
dia melangkah keluar dari kelas. Rancangan nak pergi makan terpaksa
dibatalkan. Menggeleng-geleng kepala Megat. Dia bangun lalu bergerak
keluar dari kelas juga. Perut pun dah dendangkan lagu Amuk, lebih baik
dia bangun dan makan seorang. Kalau tunggu Hadzril, alamatnya kebulur la
dia.
***************************************************************
Hadzril
resah menunggu didalam kereta. Berbagai-bagai alasan dipilih. Jenuh
memerah otaknya agar memikirkan alasan paling logik. Kejap tangannay
mengetuk-ngetuk stereng kereta. Resah hati belum lagi reda.
bacaan lanjut....
No comments:
Post a Comment